Skip to main content

Singapura

Putera Mahkota Brunei lakukan lawatan ke Pangkalan Tentera Laut Changi

Anggaran Waktu Membaca:

Diterbitkan : 05 Aug 2022 07:13PM Dikemas Kini : 05 Aug 2022 08:52PM
SINGAPURA: Putera Mahkota Brunei Darussalam Haji Al-Muhtadee Billah melawat Pangkalan Tentera Laut Changi pada Jumaat (5 Ogos).

Kementerian Pertahanan (MINDEF) menyatakan lawatan itu mencerminkan hubungan erat antara kedua-dua negara yang terjalin sejak tahun 1976.

Lawatan itu adalah sebahagian daripada Program Pemimpin Muda Singapura-Brunei kali kelapan bagi mengukuhkan hubungan para pemimpin muda kedua-dua negara.

Putera Mahkota Al-Muhtadee Billah menaiki kapal tentera laut RSS Sovereignty dan diberikan taklimat tentang peranan dan keupayaan kapal-kapal tentera yang meronda kawasan perairan.

Beliau juga dapat melihat bagaimana tentera laut Singapura bekerjasama dengan agensi-agensi lain seperti Pasukan Polis dan Pasukan Pertahanan Awam Singapura menjaga keselamatan maritim tempatan.

Menteri Negara Kanan Pertahanan Zaqy Mohamad mengalu-alukan kerjasama lebih erat bersama Brunei.
Sumber : CNA/RU/fa
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita