Putera Mahkota Brunei kunjungi Daerah Digital Punggol pada hari terakhir lawatan ke SG
Putera Mahkota Brunei Al-Muhtadee Billah melawat Daerah Digital Punggol bersama Timbalan Perdana Menteri Gan Kim Yong pada pagi Jumaat, 2 Oktober 2026. (Gambar: MDDI/Ngau Kai Yan)
- Putera Mahkota Brunei Al-Muhtadee Billah melawat Daerah Digital Punggol bersama DPM Gan Kim Yong pada pagi Jumaat, 2 Okt.
- Kunjungan itu berlangsung sebagai sebahagian daripada pertemuan tahunan pemimpin Brunei dan Singapura, sekali gus menutup lawatan lima hari beliau.
- Beliau diberi taklimat tentang daerah itu sebagai hab perniagaan bijak dan inovasi yang menggabungkan perniagaan, teknologi, pendidikan dan masyarakat.
- Kedua-dua pemimpin menyaksikan persembahan robotik penuntut SIT, berinteraksi dengan mahasiswa, dan menaiki pengangkutan ulang-alik tanpa pemandu.
Kunjungan itu adalah sebahagian daripada pertemuan tahunan antara para pemimpin dari kedua-dua negara.
Beliau dan DPM Gan juga menyaksikan persembahan robotik oleh para penuntut dari Institut Teknologi Singapura (SIT) yang terletak di daerah itu.
Mereka juga sempat berinteraksi dengan para mahasiswa institusi tersebut.
Kedua-dua pemimpin juga berpeluang menaiki pengangkutan ulang-alik tanpa pemandu yang beroperasi di sekitar Daerah Digital Punggol.
Putera Mahkota Al-Muhtadee Billah menggulung lawatan lima hari beliau ke Singapura pada hari yang sama.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.