Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Putera Mahkota Brunei buat lawatan rasmi ke S'pura 3-5 Ogos

Putera Mahkota Brunei Haji Al-Muhtadee Billah akan membuat lawatan rasmi ke Singapura dari Rabu (3 Ogos) hingga Jumaat, atas undangan Menteri Kanan Teo Chee Hean.
 

Anggaran Waktu Membaca:
Putera Mahkota Brunei buat lawatan rasmi ke S'pura 3-5 Ogos

Perdana Menteri Lee Hsien Loong dan Putera Haji Al-Muhtadee Billah, Putera Mahkota Brunei, di Istana pada Oktober 2018. (Gambar fail: Lee Hsien Loong/Facebook)

SINGAPURA: Putera Mahkota Brunei Haji Al-Muhtadee Billah akan membuat lawatan rasmi ke Singapura dari Rabu (3 Ogos) hingga Jumaat, atas undangan Menteri Kanan Teo Chee Hean.

Putera mahkota itu, yang juga menteri kanan di Pejabat Perdana Menteri Brunei, akan mengetuai delegasi ke Program Pemimpin Muda (YLP) Singapura-Brunei kelapan, menurut Kementerian Ehwal Luar (MFA).

Dilancarkan pada 2013, program itu merupakan satu wadah utama bagi pemimpin muda Singapura dan Brunei untuk berinteraksi serta menjalin hubungan antara satu sama lain, tambah MFA.

Putera Mahkota Haji Al-Muhtadee Billah akan ditemani isteri dan tiga anak mereka ke Singapura. Anggota rombongan Brunei yang lain termasuk beberapa menteri dan pegawai kanan dari Kementerian Ehwal Luar serta Jabatan Perkhidmatan Awam.

"Kunjungan Duli Yang Teramat Mulia, yang pertama sejak 2019 akibat pandemik COVID-19, mengesahkan hubungan yang sangat baik dan akrab antara Singapura dengan Brunei," menurut MFA dalam satu kenyataan media.

Ia menambah kedua-dua pihak akan membincangkan cara untuk mengukuhkah lagi hubungan dua hala pada tahun-tahun akan datang.

Semasa lawatannya, putera mahkota dan keluarganya akan menghadiri majlis makan tengah hari bersama Presiden Halimah Yacob serta suami beliau, Mohamed Abdullah Alhabshee.

Perdana Menteri Lee Hsien Loong akan mengadakan jamuan tengah hari secara berasingan bagi putera mahkota dan anggota delegasinya.

MFA menyatakan majlis makan malam untuk mengalu-alukan kedatangan putera mahkota itu akan diadakan oleh Encik Teo serta Timbalan Perdana Menteri Lawrence Wong.

Putera mahkota juga dijadual melawat Sekolah Victoria dan Dewan Victoria, Hab Tampines Kita dan pusat perkhidmatan awam bersepadunya serta Pangkalan Tentera Laut Changi.
Sumber : CNA/FZ/fz
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan