Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Pusingan baru 'sejukkan pasaran' satu langkah awal redakan permintaan pelaburan bagi hartanah kediaman, kata Desmond Lee

Anggaran Waktu Membaca:
Pusingan baru 'sejukkan pasaran' satu langkah awal redakan permintaan pelaburan bagi hartanah kediaman, kata Desmond Lee

Kondominium Tanamera Crest di Bedok (Petikan skrin: Google Maps)

SINGAPURA: Langkah menaikkan Cukai Setem Pembeli Tambahan (ABSD) adalah satu "langkah awal" untuk meredakan permintaan pelaburan tempatan dan asing di tengah-tengah minat yang baru dalam hartanah kediaman, kata Menteri Pembangunan Negara Desmond Lee pada Khamis (27 Apr).

"Kami membuat langkah ini atas dua sebab- utamakan warga Singapura yang mahu tinggal di ruah sendiri, di samping meredakan permintaan daripada pelabur tempatan dan asing bagi hartanah kediaman," kata Encik Lee kepada Mediacorp.

Mulai Khamis (27 Apr), warga asing yang mahu membeli sebarang hartanah kediaman di Singapura perlu membayar 60 peratus ABSD - iaitu dinaikkan seganda daripada 30 peratus. Ia merupakan kenaikan tertinggi di antara langkah penyejukan pasaran hartanah yang diumum pemerintah lewat Rabu malam (26 Apr).

Warga Singapura yang membeli rumah kedua pula perlu membayar 20 peratus ABSD, naik daripada 17 peratus, manakala mereka yang membeli hartanah ketiga dan seterusnya perlu membayar kadar yang lebih tinggi iaitu 30 peratus, berbanding 25 peratus.

Bagi Penduduk Tetap yang mahu membeli rumah kedua, cukai itu dinaikkan kepada 30 peratus dan kadarnya dinaikkan kepada 35 peratus berbanding 30 peratus bagi rumah ketiga dan seterusnya.

Ini adalah kali ketiga langkah penyejukan pasaran hartanah diumumkan sejak Disember 2021.
Dua langkah awal sebelum ini langkah kawal passaran hartanah, termasuk keadaan ekonomi global tidak menentu dan kadar gadai janji yang tinggi mempunyai kesan sederhana terhadap pasaran hartanah di Singapura, kata Encik Lee.

"Kami sudah mula melihat tanda-tanda awal harga menjadi reda," tambah beliau.

"Sungguhpun begitu, pasaran hartanah di Singapura terus berdaya tahan."

Ini disebabkan dua perkara - permintaan yang kukuh daripada warga Singapura untuk membeli tempat tinggal, dan minat baru oleh pelabur tempatan dan asing dalam hartanah kediaman, kata Encik Lee.

Permintaan tinggi daripada warga Singapura sebahagiannya disebabkan oleh kelengahan binaan akibat pandemik COVID-19 dan lebih banyak keluarga atau individu yang ingin tinggal di rumah sendiri.

Tambah Encik Lee, terdapat juga kembalinya minat dari kalangan pelabur tempatan dan asing dalam pasaran hartanah kediaman.

"Minat warga asing dalam hartanah kediaman di Singapura sebagai kelas aset kekal kukuh," Encik Lee menambah.

"Oleh itu jika kita tidak mengambil langkah terlebih dahulu, kita akan melihat jumlah pelaburan daripada kedua-dua warga Singapura dan asing meningkat dan ia akan menambah tekanan kepada warga Singapura yang sedang mencari tempat tinggal."
Sumber : CNA/HY/hy
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan