Pusat vaksinasi SG sedia terima permintaan meningkat bagi suntikan vaksin COVID-19
Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Pusat-pusat vaksinasi dijangka menyaksikan permintaan lebih tinggi bagi suntikan vaksin COVID-19 menjelang perayaan Tahun Baru Cina.
Setiap individu yang layak dari setiap golongan usia kini dibenarkan untuk mendapatkan suntikan vaksin dan dos penggalak di mana-mana pusat vaksinasi tanpa perlu membuat janji temu.
Buat masa ini, pusat-pusat vaksinasi masih belum menyaksikan peningkatan pada jumlah penduduk yang datang untuk mendapatkan suntikan vaksin.
Namun ia sudah menambah tenaga kerjanya dan bekalan vaksin bagi memenuhi sebarang peningkatan, terutama sekali pada hujung minggu.
Pusat Ujian dan Vaksinasi Bersama (JTVC) Ang Mo Kio misalnya memberi sekitar 1,000 suntikan vaksin setiap hari.
Sekitar satu daripada setiap 10 individu yang datang pada Rabu (4 Jan) tidak membuat janji temu.
15 peratus daripada mereka berusia kurang 50 tahun.
Pengendali JTVC itu menjangkakan lebih ramai orang akan datang untuk mendapatkan suntikan dos penggalak kedua.
Pusat itu bersedia menyediakan khidmat kepada sehingga 3,000 orang setiap hari.

Sumber : CNA/AI/ae
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.