Pusat Undang-Undang Pekerja Hijrahan akan dilancarkan pada suku pertama 2025
Sebuah Pusat Undang-Undang Pekerja Hijrahan akan dilancarkan pada suku pertama tahun depan.
(Gambar: Raj Nadarajan/TODAY)
SINGAPURA: Sebuah Pusat Undang-Undang Pekerja Hijrahan akan dilancarkan pada suku pertama tahun depan.
Ia akan menyediakan bantuan guaman secara percuma dan mewakili para pekerja hijrahan yang menghadapi masalah seperti gaji tidak dibayar atau pertikaian berhubung tuntutan bagi pampasan kecederaan yang dialami di tempat kerja.
Pusat itu merupakan kerjasama dua tahun antara Pusat Pekerja Hijrahan dengan Pro Bono SG.
Para pegawainya terdiri daripada peguam masyarakat sepenuh masa, penyelaras program dan sukarelawan.
Rancangan itu diumumkan sempena sambutan Hari Pekerja Hijrahan Antarabangsa di Taman Tasik Jurong pada Ahad (15 Dis).
Kementerian Tenaga Manusia (MOM) juga mengumumkan rancangan untuk menjalankan kerja-kerja naik taraf ke atas beberapa pusat riadah bagi para pekerja hijrahan.
Ia termasuk mengadakan ruang-ruang baharu bagi latihan dan acara di Pusat Riadah Penjuru.
Menteri Tenaga Manusia Tan See Leng berkata: "Satu idea yang kami sedang teroka ialah untuk membawa khidmat-khidmat penting pemerintah ke Pusat Riadalah. Bagi rakan-rakan pekerja hijrahan, kami memohon pandangan anda, kami mahu mendapatkan maklum balas anda untuk menjadikan pusat-pusat riadah lebih menarik, lebih dialu-alukan, dan digunakan oleh anda semua."
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.