Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Pusat Tukaran Bas Tampines North dibuka 27 Nov, sediakan kemudahan mesra keluarga dan inklusif

Anggaran Waktu Membaca:
Pusat Tukaran Bas Tampines North dibuka 27 Nov, sediakan kemudahan mesra keluarga dan inklusif

(Gambar: CNA)

Diterbitkan : 31 Oct 2022 03:45PM Dikemas Kini : 31 Oct 2022 04:34PM
SINGAPURA: Pusat Pertukaran Bas Tampines North menyediakan kemudahan-kemudahan mesra keluarga dan inklusif seperti bilik jagaan bagi mereka mempunyai masalah deria, apabila ia dibuka pada 27 November, menurut Penguasa Pengangkutan Darat (LTA).

Pusat pertukaran bas itu akan dikendalikan oleh SBS Transit dan terletak di Tampines Street 62, kata LTA dalam satu kenyataan media pada Isnin (31 Okt).

Ia akan menawarkan ciri-ciri inklusif, seperti akses bebas halangan di semua pintu masuk serta zon barisan keutamaan bagi warga tua, wanita mengandung dan orang kurang upaya (OKU) dengan tempat duduk disediakan dekat dengan tempat naik bas.

Tandas-tandas juga direka khas bagi pengguna berkerusi roda selain disediakan bilik persalinan dan bilik jagaan bayi bagi ibu bapa, menurut LTA.

Kemudahan-kemudahan itu dilengkapi dengan pintu automatik tanpa sentuh.

Pusat pertukaran bas itu turut menyediakan kemudahan bagi kakitangan seperti tandas khas, bilik pekerja pembersihan dan ruang rehat.

Bagi memperbaiki lagi tahap keselamatan, pusat tersebut mempunyai sistem amaran untuk mengesan pergerakan bas dari tempat meletak bas ke jalan masuk ke pusat pertukaran bas itu, menurut LTA.

Bermula 27 November, perkhidmatan bas 18 dan 129 tidak akan berhenti di pusat pertukaran Tampines Concourse, sebaliknya ia dipindahkan ke Pusat Pertukaran Bas Tampines North.

Laluan bagi kedua-dua perkhidmatan bas tersebut akan ditukar dan penumpang boleh mengunjungi laman web SBS Transit bagi butiran lanjut.

Perkhidmatan bas 298 juga akan mula beroperasi dari Pusat Pertukaran Bas Tampines North pada satu tarikh ditetapkan kelak.

Maklumat mengenai perubahan tersebut akan disediakan di semua perhentian bas berkaitan, pusat pertukaran bas serta laman web LTA dan SBS Transit.

Penumpang juga boleh mendapatkan bantuan daripada mana-mana kakitangan SBS Transit.
Sumber : CNA/AE/ae
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan