Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Pusat tuisyen tidak rancang laksanakan langkah vaksinasi dibezakan

Beberapa pusat tuisyen yang ditemui Mediacorp menyatakan buat masa ini pelajar tidak akan diasingkan berdasarkan status vaksinasi mereka.

Anggaran Waktu Membaca:

Diterbitkan : 16 Jan 2022 06:40PM Dikemas Kini : 16 Jan 2022 09:06PM

SINGAPURA: Beberapa pusat tuisyen yang ditemui Mediacorp menyatakan buat masa ini pelajar tidak akan diasingkan berdasarkan status vaksinasi mereka.

Wadah online juga disediakan bagi ibu bapa yang prihatin untuk menghantar anak mereka ke pusat-pusat berkenaan.

Kementerian Pendidikan (MOE) baru-baru ini mengumumkan tiada rancangan untuk melaksanakan pendekatan berdasarkan status vaksinasi kepada mereka berusia 12 tahun dan ke bawah buat masa ini.

Salah sebuah pusat tuisyen yang ditemui Mediacorp mengendalikan pembelajaran secara hibrid jika saiz kelas melebihi 20 pelajar.

Separuh hadir secara fizikal manakala yang lain belajar dari rumah.

Aturan itu dilakukan secara bergilir-gilir setiap minggu.

Ini adalah antara langkah-langkah untuk mencegah penularan COVID-19 memandangkan tidak semua pelajar sudah divaksin.

Namun, pusat itu sedia mematuhi garis panduan baru jika dilaksanakan di sekolah-sekolah.

Sehingga 10 peratus daripada soalan yang diajukan oleh ibu bapa ke pusat itu adalah mengenai keperluan anak-anak mereka mendapatkan suntikan vaksin.

Buat masa ini, sekolah-sekolah tidak melaksanakan pendekatan berdasarkan status vaksinasi walaupun lebih 40 peratus murid sekolah rendah sudah menerima dos pertama mereka.

Seorang pakar berkata penting bagi semua pelajar dibenarkan menyertai kegiatan demi mempelajari kemahiran kehidupan terutama sekali selepas dua tahun persekolahan mereka terjejas.

Sumber : CNA/RU/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan