Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Pusat TTSH di Ang Mo Kio bawa khidmat jagaan pakar ke kejiranan

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 18 Mar 2022 09:48PM Dikemas Kini : 18 Mar 2022 09:55PM

SINGAPURA: Sebuah pusat rawatan pakar di Ang Mo Kio sudah mula beroperasi, membawa khidmat dan kemudahan kesihatan negara, lebih dekat kepada penduduk.

Dikendalikan oleh Hospital Tan Tock Seng (TTSH), pusat di Ang Mo Kio Avenue 8 itu memudahkan pesakit untuk mendapatkan pelbagai khidmat utama seperti rawatan mata, pemeriksaan pendengaran dan kawalan kencing manis di bawah satu bumbung.

Merasmikan Pusat Spesialis Ang Mo Kio TTSH pada Jumaat (18 Mac). Perdana Menteri berkata penduduk kini boleh mendapatkan pelbagai kemudahan dan khidmat jagaan kesihatan spesialis di kejiranan mereka selain penjagaan yang berterusan.

Di klinik mata, contohnya, mereka yang menghadapi masalah penglihatan kabur, boleh menjalani pemeriksaan, konsultasi dan rawatan.

Sebelum ini, mereka perlu ke hospital untuk rawatan sedemikian.

Antara khidmat lain termasuk rawatan pakar untuk masalah pendengaran, agar bantuan segera dapat diberikan.

Pusat itu juga bekerja rapat dengan pihak poliklinik dan doktor keluarga (GP), bagi memantau tahap kesihatan pesakit.

Terdapat juga klinik kencing manis untuk pesakit memahami lebih lanjut tentang keadaan mereka serta rawatan yang diperlukan.

"Ini menawarkan kepada pesakit jagaan yang berterusan. Sepanjang rawatan mereka, kakitangan klinik akan bekerja rapat dengan penyedia khidmat jagaan utama, iaitu doktor GP dan doktor keluarga. Mengemaskini hasil ujian dan kemajuan pesakit, supaya doktor GP dan doktor keluarga menjalankan rawatan susulan," ujar PM Lee Hsien Loong.

Sumber : Agensi berita/KF/kf
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan