Pusat teknologi dan inovasi baru di Daerah Digital Punggol bernilai S$500 juta siap hujung 2026
Anggaran Waktu Membaca:

(Gambar: CNA)
SINGAPURA: Daerah perniagaan bijak pertama Singapura yang terletak di Punggol akan menempatkan pusat teknologi dan inovasi baru menjelang hujung 2026.
Kemudahan itu, di mana bank Singapura UOB akan melaburkan lebih S$500 juta, seluas 300,000 kaki persegi, iaitu saiz kira-kira lima padang bola sepak.
Demikian menurut pemaju estet perindustrian negara JTC pada Selasa (18 Apr).
Sekitar 3,000 bakat yang terlibat dalam teknologi, inovasi dan peranan digital akan ditempatkan di pusat baru itu.
Ia adalah pembangunan terbaru di Daerah Digital Punggol (PDD), iaitu kawasan seluas 50 hektar yang juga akan menempatkan kampus baru Institut Teknologi Singapura (SIT), serta kemudahan-kemudahan masyarakat.
Diibuka secara berperingkat mulai tahun depan. PDD akan menyediakan 28,000 pekerjaan baru lebih dekat dengan lebih 160,000 penduduk Punggol, serta mereka yang menetap di kawasan timur laut negara ini.
Sepuluh syarikat sudah menyertai setakat ini, dengan syarikat tempatan Delteq, Target Media Culcreative dan UOB yang baru menyertainya.
MEMBANGUNKAN BAKAT DIGITAL
Bakat teknologi, inovasi dan digital yang ditempatkan di pusat itu, akan memainkan peranan untuk memajukan agenda global UOB.
Pusat itu akan membangunkan dan menguji huraian-huraian digital UOB, sebelum ia dipasarkan ke pasaran bank di 19 negara dan wilayah di seluruh dunia.
Bank tempatan itu juga akan bekerjasama dengan JTC, pemaju daerah itu, untuk membantu perniagaan-perniagaan lain mengamalkan amalan mampan.
KERJASAMA SEDANG DIJALANKAN
Kerjasama dalam kalangan pihak berkepentingan sudah dilaksanakan di daerah itu.
Encik Alvin Tan, penolong ketua pegawai eksekutif JTC, berkata bahawa Program PDD Living Lab, satu kerjasama antara JTC dan SIT, adalah faktor penting untuk menjana inovasi di SIT.
Menteri Perdagangan dan Perusahaan Gan Kim Yong berkata pembangungan PDD akan menyediakan lebih banyak peluang kepada penduduk di kawasan itu.
"Ia bersedia untuk menarik ketua-ketua digital dalam sektor digital yang sedang membangun seperti keselamatan siber, rantaian blok dan fintek, robotik dan kecerdasan buatan, pengkomputeran awan dan kehidupan bijak," kata Encik Gan.
Beliau menambah bahawa daerah itu juga akan menjadi batu loncatan untuk syarikat-syarikat teknologi digital melancarkan perniagaan di rantau ini.

Sumber : CNA/AE/ae
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.