Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Pusat sumber perniagaan baru dibuka di Perpustakaan Daerah Punggol

Anggaran Waktu Membaca:

Diterbitkan : 03 Apr 2023 08:04PM Dikemas Kini : 03 Apr 2023 10:30PM
SINGAPURA: Mengikuti bengkel dan kelas pakar atau 'masterclass' serta peluang-peluang menjalin rangkaian kerja.

Itulah antara pelbagai sumber yang boleh diakses para pekerja bebas dan para usahawan menerusi satu pusat sumber yang baru kendalian Lembaga Perpustakaan Negara (NLB).

Dipanggil 'Launch', pusat sumber itu akan mula dibuka pada Rabu (5 Apr) di Perpustakaan Daerah Punggol.

Latihan kecelikan niaga dan program pementoran akan dijalankan di ruang itu. Ruang bersama tersebut juga akan menghubungkan para pengguna dengan pakar-pakar.

Mereka dalam sektor persembahan seni serta makanan dan minman (F&B) menyatakan wadah sedemikian penting bagi peningkatan kemahiran.

Golongan itu merupakan antara sekitar 20 peserta yang hadir dalam previu pusat tersebut pada Isnin (3 Apr).

Menteri Negara Kanan Perhubungan dan Penerangan Tan Kiat How berkata ruang tersebut sejajar dengan tunggak Melengkapkan di bawah gerakan Melakar Hala Tuju SG.

Ia memberi tumpuan kepada menyediakan semua rakyat Singapura dengan peluang untuk berkembang maju, tidak kira dari mana mereka bermula.
Sumber : CNA/DY/hy
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan