Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Pusat Sumber Pengasuh bakal ditubuhkan di Nee Soon South

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 13 Nov 2022 08:32PM Dikemas Kini : 13 Nov 2022 08:44PM
SINGAPURA: Para pengasuh yang tinggal di Nee Soon South bakal menerima lebih banyak sokongan.

Sebuah pusat sumber baru akan ditubuhkan, dengan tujuan meringankan beban mereka.

Ia sebahagian daripada rancangan untuk mendampingi rakan-rakan masyarakat agar melaksanakan program-program sokongan di kawasan kejiranan itu.

Timbalan Perdana Menteri Heng Swee Keat berada di daerah itu pada Ahad (13 Nov) sempena lawatan masyarakat oleh para pemimpin 4G.

Pusat Sumber Pengasuh dan SG Assist berharap untuk menghasilkan panduan tentang pengasuhan bersama dengan masyarakat.

Pusat itu juga akan menawarkan rujukan kepada bantuan khidmat sosial, sokongan kewangan serta produk dan khidmat relevan.

Kerjasama lain termasuk sebuah program perintis berhubung lampin bagi jagaan warga tua.

Di bawah program itu, warga tua akan menerima lampin yang didermakan setiap bulan sepanjang tempoh setahun.

Anggota Parlimen GRC Nee Soon Carrie Tan berkata perlu diwujudkan sistem sokongan yang lebih kukuh sedang penduduk semakin menua.
Sumber : CNA/AI/ss
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan