Skip to main content

Singapura

Pusat Sukarelawan SG Cares@Tampines dilancarkan di Brahm Centre

Keperluan sosial para penduduk Tampines akan dapat dipenuhi lebih baik dengan perasmian Pusat Sukarelawan SG Cares terbaru hari ini (24 Apr).

Anggaran Waktu Membaca:

Diterbitkan : 24 Apr 2021 06:33PM Dikemas Kini : 24 Apr 2021 09:49PM

SINGAPURA: Keperluan sosial para penduduk Tampines akan dapat dipenuhi lebih baik dengan perasmian Pusat Sukarelawan SG Cares terbaru hari ini (24 Apr).

Terletak di Brahm Centre, pusat itu akan membantu menggalakkan usaha sukarela dan kesejahteraan.

Para penduduk boleh meraih faedah daripada beberapa daya usaha baru seperti kempen untuk jiran-jiran mendampingi warga emas dan sesi berjalan di taman setiap minggu.

Pada Julai depan pula, Program "A Mindful Academic Coaching" akan diluaskan untuk melatih para sukarelawan memberi bimbingan kepada pelajar-pelajar dari keluarga kurang kemampuan mengenai pembangunan peribadi mereka.

Berucap di acara perasmiannya siang tadi, Menteri Pembangunan Sosial dan Keluarga Masagos Zulkifli berkata Brahm Centre juga akan menyokong usaha ComLink kendalian kementeriannya bagi mendekati keluarga-keluarga yang tinggal di flat sewa dalam masa beberapa bulan akan datang.

Pada masa ini, terdapat 14 Pusat Sukarelawan SG Cares dan terdapat rancangan untuk menubuhkan pusat itu di kesemua 24 estet perumahan di negara ini. 

Sumber : CNA/NZ/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita