Pusat sukan, poliklinik dan perpustakaan baru di Toa Payoh akan siap jelang 2030
Anggaran Waktu Membaca:

Gambar: SportSG
SINGAPURA: Sebuah pembangunan bersepadu Toa Payoh yang baru akan siap dibina menjelang 2030, dengan kemudahan baru seperti pusat sukan, poliklinik and perpustakaan awam.
Lebih 5,000 orang menghadiri pameran pembangunan bersepadu Toa Payoh pada Sabtu (25 Feb) dan Ahad (26 Feb) di Atrium HDB dalam kejiranan itu, menurut SportSG, yang merupakan ketua agensi bagi pembangunan ini.
Bersama dengan SportSG, Poliklinik National Healthcare Group, Lembaga Taman Negara (NPARKS) dan Lembaga Perpustakaan Negara (NLB) akan mengumpul maklum balas penduduk berhubung reka bentuk pembangunan itu serta kemudahan yang dicadangkan sebagai sebahagian daripada fasa berunding dengan masyarakat awam.
Pembangunan bersepadu itu dirancang akan dibina atas sebidang tanah seluas 12 hektar dan terletak di antara Lorong 6 Toa Payoh dengan Ekpreswe Rentas Pulau (PIE).
"Dibayangkan sebagai peluasan kepada Toa Payoh Town Centre untuk memberi khidmat kepada penduduk di daerah tengah, ia akan menjadi destinasi gaya hidup dengan kemudahan dan ruang masyarakat," menurut agensi-agensi berkenaan dalam satu kenyataan pada Ahad.
KEMUDAHAN SUKAN DAN KESIHATAN
Kemudahan sukan yang dicadangkan bagi pembangunan itu termasuk kolam renang, dewan sukan tertutup serta gelanggang tenis, futsal dan bola jaring yang berbumbung. Terdapat juga gim, studio kecerdasan dan stadium bola sepak.
Selain itu, terdapat rancangan untuk pembangunan bersepadu itu menempatkan pusat latihan negara bagi sukan air, bola jaring dan tenis meja.

Sumber : CNA/HY/hy
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.