Pusat sokongan baru hulur bantuan kepada mangsa gangguan online
Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Para mangsa dalam kes-kes serangan kini mempunyai satu lagi tempat selamat untuk mengemukakan pernyataan kepada pihak polis.
Dilancarkan pada Rabu (11 Jan), SHECARES@SCWO adalah satu pusat sokongan yang memberi tumpuan kepada mangsa wanita bagi penderaan secara online - seperti kes intai siber, gangguan seksual serta 'doxxing'. Ia diuruskan oleh badan bukan mencari untung SG 'Her Empowerment' (SHE).
Menurut Menteri Undang-Undang merangkap Ehwal Dalam Negeri K Shanmugam, pasukan polis boleh mengirim para pegawai dari Skuad Serangan Seksual Serius ke pusat itu supaya seseorang mangsa dapat menceritakan pengalamannya kepada anggota SHE dengan kehadiran pihak polis. Ini agar tindakan selanjutnya boleh diambil sejurus setelah mangsa memberitahu ceritanya sekali sahaja.
Bagi tahap permulaan, sekitar 50 peguam dan dua kaunselor akan bertugas secara sukarela bagi membantu mangsa yang tampil ke depan.
Dalam satu hasil tinjauan pendapat tahun lalu, lebih 60 peratus wanita tidak mengetahui ke mana untuk mendapatkan bantuan jika menghadapi serangan secara online.
Pusat tersebut juga akan bekerjasama dengan agensi-agensi pemerintah untuk meningkatkan kesedaran awam tentang bagaimana untuk melungsuri Internet dengan selamat.
Pengerusi SG Her Empowerment Stefanie Yuen Thio berkata: "Kami juga sedang berusaha menjadi pemberi amaran yang boleh dipercayai pelbagai penyedia platform Internet.
"Ini supaya laporan dapat dipercepat dan jika mereka berasa yakin maklumat yang kami beri telah diperiksa, mereka dapat menurunkan sebarang maklumat yang menyinggungkan dengan segera."

Sumber : CNA/IQ/zm
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.