Pusat simulator penerbangan baru di Changi sasar pelatih koporat, golongan belia
Anggaran Waktu Membaca:

(Gambar: Today/Leonard Leong)
SINGAPURA: Daripada duduk di dalam bilik latihan, majikan dan eksekutif syarikat tidak lama lagi boleh meraih kemahiran kepimpinan serta pengurusan krisis dalam "persekitaran tekanan tinggi" apabila mereka mengawal simulator jet pejuang.
Sama ada menerajui skuadron jet pejuang dalam pertempuran atau membuat penerbangan merentasi lembah bergunung untuk menyelesaikan matlamat misi, pelatih korporat boleh mengasah kemahiran membuat keputusan dan kepimpinan mereka di sebuah pusat simulator penerbangan yang baru, Wings Academy.
Dibuka secara rasmi pada Selasa (30 Mei), kemudahan itu terletak di bangunan Haite Building di Taman Perniagaan Changi dan boleh menampung sehingga 30 orang pada satu-satu masa.
Ia menyediakan enam simulator penerbangan, termasuk jet pejuang gabungan realiti F/A18-C Hornet , sebuah simulator pesawat pejuang F16-C dan satu simulator penerbangan komersil Boeing 737-800.
Syarikat itu menyatakan bahawa ia merupakan kemudahan terbesar di Singapura dan selain mengadakan program-program latihan korporat, ia menyasarkan untuk memberi inspirasi kepada generasi juruterbang seterusnya dalam kalangan belia Singapura melalui pengalaman simulator penerbangan yang imersif lagi dimampui, dengan visi menjadikan impian untuk melakukan penerbangan boleh dicapai bagi semua.
Walupun tiada had umur ditetapkan, pengguna harus sekurang-kurangnya mempunyai ketinggian 145 sentimeter untuk mengendalikan simulator tersebut secara optimum, kata pemilik dan ketua pegawai eksekutif syarikat itu, Fabian Lim, kepada Mediacorp.
Encik Lim, 52 tahun, berharap ibu bapa akan menyokong anak-anak mereka yang menunjukkan minat dalam bidang penerbangan.
Wings Academy mengenakan harga berbeza-beza berdasarkan masa dan jenis program.
Sebagai contoh, satu sesi 45 minit melibatkan simulator jet pejuang gabungan realiti F/A18-C Hornet berharga S$95 manakala Kursus Persediaan Sijil Juruterbang Rekreasi berharga S$2,495.
Bagi karyawan korporat, Wings Academy menawarkan program latihan kepimpinan dan pengurusan bertemakan penerbangan.
Program lapan jam itu berharga S$12,000 bagi setiap orang, dan setiap peserta tambahan perlu membayar S$3,000.
Dr Michael Loh, 66 tahun, seorang penasihat korporat Wings Academy, berkata bahawa dengan menggunakan simulator penerbangan untuk meletakkan majikan dan eksekutif syarikat dalam keadaan tekanan tinggi yang dihadapi juruterbang, ia dapat membantu mereka meningkatkan kemahiran dalam membuat keputusan, keupayaan mereka dalam pengurusan krisis dan juga gaya perhubungan.

Sumber : Today/AE/ae
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.