Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Pusat simulasi baru di NUH dorong hasil pembedahan jantung, dada lebih baik

Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Para pesakit boleh menjangkakan hasil klinikal lebih baik apabila menjalani pembedahan jantung dan dada. Demikian matlamat sebuah pusat latihan simulasi yang baru.

Ia juga berharap dapat mengukuhkan peranan Singapura sebagai sebuah hab perubatan utama.

Para pakar bedah kini boleh mengasah bakat bagi prosedur pembedahan jantung di kemudahan Hospital Universiti Nasional (NUH) itu.

Setiap tahun, lebih 100 pakar klinik dijangka meraih manfaat daripada pusat tersebut. Mereka boleh menggunakan peralatan khusus untuk simulasi pembedahan jantung agar dapat menilai dan memperbaiki teknik yang digunakan.

Setakat ini, lebih 1,000 pakar dari seluruh dunia, termasuk para jururawat dan pakar bius, telahpun dilatih untuk menggunakan teknologi tersebut sejak ia dirintis.

Alat simulasi sedemikian diharapkan boleh menyokong latihan kakitangan perubatan dalam tempoh masa yang singkat.
Sumber : CNA/IQ/ss
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan