Skip to main content

Singapura

Pusat ServiceSG bakal dibuka di Ang Mo Kio tahun depan

Anggaran Waktu Membaca:
Pusat ServiceSG bakal dibuka di Ang Mo Kio tahun depan

Menteri Bertanggungjawab bagi Perkhidmatan Awam Chan Chun Sing (kanan) menghadiri pelancaran cawangan pusat ServiceSG ke-9 di Woodlands. (Gambar: Chan Chun Sing/Facebook)

Diterbitkan : 15 Mar 2025 06:20PM Dikemas Kini : 15 Mar 2025 06:22PM
SINGAPURA: Sebuah pusat ServiceSG yang baharu akan dibuka di Ang Mo Kio Town Centre pada separuh pertama tahun depan, menyertai rangkaian pusat yang menggalak penggunaan khidmat digital.

Hab sehenti itu akan membantu para penduduk dengan tugasan seperti membayar denda meletak kereta dan memohon bagi bantuan kewangan.

Bercakap di pelancaran cawangan pusat itu di Woodlands, Menteri Bertanggungjawab bagi Perkhidmatan Awam Chan Chun Sing menyentuh tentang transformasi digital Singapura dan komitmen sektor itu untuk menyediakan khidmat yang lancar dan inklusif untuk semua.

"Kami akan sentiasa ada pusat ServiceSG untuk membantu mereka yang tiada akses kepada khidmat secara digital atau mereka dengan kes-kes rumit yang mungkin memerlukan lebih banyak bimbingan," jelas Encik Chan.

Bagi pihak perkhidmatan awam, komitmen kami adalah untuk menyesuaikan semula proses kami untuk menjadikannya selancar mungkin, untuk terus melatih semula kakitangan bagi memastikan mereka boleh menjaga keperluan para penduduk.

Pusat ServiceSG di Woodlands tersebut juga berkongsi ruang dengan Institut Pekerjaan dan Daya Kerja (e2i).

Ini bermakna, para penduduk boleh mendapatkan akses kepada pelbagai khidmat berkaitan kerjaya seperti bimbingan pekerjaan, pemadanan pekerjaan dan latihan kemahiran.

Sejak dibuka pada Oktober lalu, cawangan itu sudahpun mengendalikan lebih 5,500 urus niaga setiap bulan,menjadikannya salah satu pusat yang paling aktif.
Sumber : CNA/AI/ss
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita