Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Pusat sehenti bantu permudah urusan SME; mula beroperasi suku pertama 2025

Anggaran Waktu Membaca:

Diterbitkan : 23 Sep 2024 10:24PM Dikemas Kini : 23 Sep 2024 11:48PM
SINGAPURA: Tidak lama lagi, perusahaan kecil dan sederhana (SME) boleh memanfaatkan bantuan sebuah pejabat baharu dalam berurusan dengan peraturan dan pentadbiran silang agensi pemerintah.

Pejabat Pro Perusahaan SME (SME PEO) bakal dilancarkan pada suku pertama tahun hadapan.

Ia khususnya berguna bagi perusahaan SME yang berdepan isu-isu terutama dalam sektor-sektor baru muncul.

Pejabat itu bertujuan menggalakkan pertumbuhan perusahaan.

Contohnya, syarikat-syarikat yang ingin memasang panel-panel suria kini perlu mendapatkan izin daripada pelbagai agensi.

Ini termasuk Penguasa Bangunan dan Binaan (BCA), Agensi Sekitaran Kebangsaan (NEA) dan juga Pasukan Pertahanan Awam Singapura (SCDF).

Pejabat SME PEO yang baharu, boleh membimbing pihak SME ke arah yang betul, serta memastikan agensi-agensi pemerintah membantu SME bertindak secepat mungkin.

Menurut Menteri Negara Kanan Perdagangan dan Perusahaan Low Yen Ling, pejabat baharu itu juga akan mengumpulkan maklum balas mengenai peraturan sedia ada.

"Jika kami terima banyak data yang memaklumkan ada isu kawal selia yang sistematik, ia bakal diketengahkan, bukan sahaja kepada pihak pengurusan Pejabat Pro Perusahaan SME, tetapi juga berpotensi disampaikan kepada jawatankuasa silang kementerian, agar pihak kementerian mencari huraian dan selaraskan sesuatu keputusan dasar," jelas Cik Low.
Sumber : CNA/NY/ss
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan