Pusat Sains SG batalkan acara bincang seks, jantina susuli maklum balas awam
Anggaran Waktu Membaca:
(Gambar: Facebook/Science Centre Singapore)
SINGAPURA: Pusat Sains Singapura membatalkan acara pada 14 Jun mengenai seks dan jantina selepas maklum balas orang ramai menyuarakan keprihatinan terhadap kandungan perbincangan dan penceramahnya.
"Berikutan publisiti online bagi sesi itu, kami telah menerima maklum balas orang ramai yang menyuarakan keprihatinan terhadap kandungan yang akan dibincangkan dalam sesi tersebut serta para penceramahnya," menurut jurucakap Pusat Sains Singapura pada Isnin (3 Jun) dalam responsnya kepada pertanyaan Mediacorp.
"Kami sudah menilai sesi itu dan memutuskan untuk tidak meneruskannya."
Acara tersebut dijadual diadakan di Cineleisure dan dibuka kepada mereka yang berusia 18 tahun dan ke atas dengan tajuk "What's the difference between sex and gender?"
Tiga penceramah yang dijadual berucap di acara itu adalah: Becca D'Bus, kaunselor belia Oogachaga Alexander Teh dan Profesor Madya di Jabatan Bahasa Inggeris, Linguistik dan Pengajian Teater Universiti Nasional Singapura (NUS) Mie Hiramoto.
Menurut jurucakap Pusat Sains Singapura, sesi yang dijadual berlangsung pada Jun bermatlamat untuk "membincangkan faktor sosiobudaya yang membentuk pemahaman masyarakat tentang seks dan jantina".
Pada halaman acara dan catatan Facebooknya, Pusat Sains Singapura menyatakan, sesiapa sahaja yang telah membeli tiket untuk sesi pada 14 Jun akan menerima bayaran balik penuh.
Acara itu mengundang kritikan ramai pengguna Facebook yang mengulas tentang catatan Pusat Sains Singapura.
Ada yang berkata mereka "sangat prihatin" atau "terkejut" tentang topik perbincangan, manakala yang lain pula mempersoalkan pilihan penceramah.
Oogachaga, sebuah pertubuhan LGBTQ, menyatakan bahawa Pusat Sains Singapura sudah merancang acara itu sejak lewat tahun lalu.
Jurucakap Pusat Sains Singapura berkata ia kerap menganjurkan acara jamuan malam bertiket di bawah siri acara Kafe Sainsnya, di mana ia menggalakkan "minat dalam bidang sains dan sikap ingin tahu melalui penceramah daripada pelbagai disiplin yang berkongsi tentang pandangan mereka mengenai subjek tertentu".
Acara sedemikian dihadkan kepada tetamu berusia 18 tahun ke atas.
Sesi Kafe Sains yang lalu membincangkan topik seperti kesan penuaan, kemajuan pesat vaksin mRNA ketika pandemik COVID-19 dan kesan Kecerdasan Buatan (AI) terhadap perkembangan seni.

Sumber : CNA/AE/ae
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.