Pusat Polis Kejiranan Woodleigh dibuka, paling canggih seumpamanya
Anggaran Waktu Membaca:
(Gambar: Facebook/Woodleigh NPC)
SINGAPURA: Sebuah pusat polis baharu, yang dianggap sebagai yang paling canggih seumpamanya, kini beroperasi di estet Bidadari.
Pusat Polis Kejiranan (NPC) Woodleigh itu adalah yang pertama dilengkapi lokar bijak bagi menyimpan senjata api polis.
Ia dirasmikan Menteri Negara Ehwal Dalam Negeri, Sun Xueling, pada Selasa (31 Okt).
Terletak di tengah kawasan Bidadari, yang dijangka mempunyai hampir 9,000 flat BTO menjelang tahun 2025, pusat polis tersebut terletak bersebelahan stesen MRT Woodleigh dan juga The Woodleigh Mall.
Dengan lebih ramai orang mula berpindah ke estet baharu itu, pihak polis menyatakan bahawa ia juga boleh membantu pegawai bertindak balas dengan lebih baik lagi bagi membantu penduduk yang memerlukan pertolongan.
"NPC Woodleigh diwujudkan untuk memenuhi keperluan polis bagi estet Bidadari baharu ini. Ini menunjukkan komitmen pihak polis dalam memastikan perkhidmatan kepolisan yang responsif terhadap perkembangan dan perubahan baharu dalam masyarakat," kata Pegawai Pemerintah NPC Woodleigh Jasmine Wuek.
Pusat tersebut juga dilengkapi dengan teknologi untuk meningkatkan lagi kecekapannya.
Di samping itu, mereka yang membuat laporan juga boleh menggunakan kios layan diri.
Pegawai-pegawai pusat tersebut juga akan menjadi yang pertama untuk menggunakan sistem lokar bijak dengan teknologi RFID untuk mengeluarkan dan memulangkan semula senjata api mereka.

Sumber : CNA/IA/ae
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.