Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Pusat perubatan baru di Kranji pertingkat akses pekerja hijrahan kepada jagaan kesihatan

Anggaran Waktu Membaca:

SINGAPURA: Akses lebih mudah kepada jagaan kesihatan bagi para pekerja hijrahan yang tinggal di Kranji dengan adanya pusat perubatan baru setempat yang dikendalikan SATA CommHealth.

Terdapat 10 pusat seumpama itu di merata Singapura sejauh ini.

Para pekerja jagaan kesihatan yang ditugaskan di Pusat Riadah Kranji sudah dilatih untuk memahami latar belakang budaya para pekerja hijrahan dan bertutur dalam bahasa ibunda mereka.

Kemudahan itu juga mempunyai kawasan berasingan bagi pendaftaran dan untuk berjumpa doktor bagi mengasingkan pesakit-pesakit yang berjangkit.

Selain mengunjungi pusat-pusat perubatan tersebut, para pekerja hijrahan juga boleh mendapatkan konsultasi doktor dengan menggunakan aplikasi kendalian Kementerian Tenaga Manusia (MOM).

"Ini merupakan langkah-langkah penting yang diambil Kementerian Tenaga Manusia (MOM) bersama rakan-rakan kongsi kami untuk memperkukuhkan ekosistem sokongan bagi keperluan jagaan kesihatan pekerja hijrahan kami," kata Menteri Negara Kanan Tenaga Manusia, Dr Koh Poh Koon. 

"Antara pengajaran yang diraih menerusi perjuangan sewaktu memerangi COVID-19 adalah untuk memastikan walaupun COVID-19 hampir sudah berakhir, kebanyakan jagaan ini boleh digunakan sewaktu masa aman dan ia membentuk infrastruktur serta sistem bagi memastikan bahawa pada krisis akan datang, kami lebih bersedia berbanding sebelumnya." 

Sumber : CNA/AY/NY/ny
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan