Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Pusat perubatan baru di Farrer Park manfaatkan 43,000 pekerja hijrahan

Anggaran Waktu Membaca:
Pusat perubatan baru di Farrer Park manfaatkan 43,000 pekerja hijrahan

(Gambar: Healthcare Singapore)

SINGAPURA: Lebih 43,000 pekerja hijrahan boleh mendapatkan khidmat perubatan daripada sebuah pusat perubatan baru. 

Terletak di Pusat Spesialis StarMed, di atas stesen MRT Farrer Park, pusat perubatan itu adalah sebahagian daripada Pelan Jagaan Utama (PCP) yang dilancarkan pada April lalu untuk memenuhi keperluan jagaan kesihatan pekerja hijrahan dengan lebih baik. 

PCP diwajibkan bagi mereka yang tinggal di dormitori atau bekerja dalam sektor Binaan, Limbungan Kapal dan Pemprosesan (CMP). 

Semua pekerja yang layak akan diberi perlindungan tersebut menjelang Mac depan. 

Menteri Tenaga Manusia Tan See Leng berkata, setakat ini, hampir 40 peratus daripada sekitar 370,000 pekerja hijrahan sudah berdaftar di bawah pelan ini. 

"Saya berbesar hati apabila mendapat tahu bahawa mereka mengambil berat tentang pendidikan kesihatan, khidmat pencegahan penyakit dan juga penjagaan penyakit akut dan kronik bagi semua pekerja yang berdaftar. 

"Dan untuk mengurangkan cabaran bahasa dan budaya untuk mendapatkan bantuan, pusat itu juga akan menubuhkan pasukan jagaan kesihatan tempatan dengan pekerjanya yang memahami konteks budaya pekerja dan boleh berbual dalam bahasa ibunda mereka," tambah Encik Tan. 

Sumber : CNA/NY/ny
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan