Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Pusat Pertukaran Bas Buangkok sedia khidmat panduan dan pemeriksaan kesihatan

Anggaran Waktu Membaca:
Pusat Pertukaran Bas Buangkok sedia khidmat panduan dan pemeriksaan kesihatan

Gambar: LTA

Diterbitkan : 12 Jan 2025 07:40AM Dikemas Kini : 12 Jan 2025 10:30AM
SINGAPURA: Pusat Pertukaran Bas Buangkok kini menawarkan khidmat panduan dan pemeriksaan kesihatan kepada penumpang.

Ini adalah kali pertama khidmat sedemikian disediakan di sebuah pusat pertukaran bas.

Penumpang juga boleh belajar melakukan bantuan pernafasan (CPR).

Institut Pengurusan Kesihatan Antarabangsa memeterai perjanjian dua tahun bersama SBS Transit untuk menawarkan khidmatnya di pusat pertukaran bas tersebut.

Ia bertujuan untuk memperkasa penumpang dan kakitangan pengangkutan dengan pengetahuan perubatan serta kemahiran hidup yang bermanfaat.

Lebih banyak aktiviti sedang diusahakan, termasuk latihan bantuan kecemasan, senaman aerobik dan persembahan busking.

"Mantera kami adalah untuk menjadikan setiap perjalanan satu pengalaman yang baik. Kami melakukan demikain melalui kerjasama rapat bersama penumpang dan masyarakat, lalu melihat bagaimana kami boleh menerima maklum balas mereka supaya kami boleh berintegrasi dengan lebih baik sebagai sebahagian daripada masyarakat lebih besar yang kami berkhidmat," kata Jefrrey Sim, Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) SBS Transit.
Sumber : CNA/AE/ae
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan