Pusat pertukaran bas baharu Woodleigh, Pasir Ris akan dibuka pada Apr
Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Pusat Pertukaran Bas Woodleigh dan Pasir Ris yang baharu akan dibuka pada April, dengan pusat pertukaran bas baharu itu akan menjadikan jumlah keseluruhan Hab Pengangkutan Bersepadu di seluruh Singapura sebanyak 14.
Pusat Pertukaran Bas Woodleigh - yang akan dikendalikan oleh SBS Transit - akan dibuka pada 20 Apr. Ia akan menjadi sebahagian daripada pembangunan bersepadu Woodleigh Village dan dihubungkan dengan Stesen MRT Woodleigh.
Pusat Pertukaran Bas Pasir Ris, sementara itu, akan ditempatkan dalam pembangunan bersepadu dengan Pasir Ris Mall dan terletak bersebelahan dengan Stesen MRT Pasir Ris.
Pusat pertukaran bas itu akan dikendalikan oleh Go-Ahead Singapore dan akan dibuka pada 27 Apr.
Kesemua 17 khidmat bas awam yang beroperasi dari Pusat Pertukaran Bas Pasir Ris sedia ada akan berpindah ke lokasi baharu, tanpa sebarang perubahan pada laluan atau tempat perhentian bas, kata Penguasa Pengangkutan Darat (LTA) pada Khamis (3 Apr) dalam kenyataan medianya.
Bas Ulang-alik Pusat Latihan Asas Tentera di Pasir Ris juga akan dipindahkan bersebelahan dengan pusat pertukaran bas baharu itu, dengan ruang menunggu yang ditetapkan untuk mengambil dan menurunkan penumpang.
Pihak berkuasa menambah bahawa khidmat bas nombor 146 akan dipinda untuk beroperasi dari Pusat Pertukaran Bas Woodleigh yang baharu.
Ia akan melakukan perjalanan dua hala di Bidadari Park Drive, yang menyediakan empat perhentian bas tambahan, kata LTA.
Khidmat bas baharu nombor 148 akan diperkenalkan sebagai khidmat ulang-alik antara Pusat Pertukaran Bas Woodleigh dan Potong Pasir, meningkatkan ketersambungan kepada kemudahan di estet Bidadari dan Potong Pasir, tambah kenyataan itu.
LTA memohon pemahaman penumpang kerana pengendali bas "mungkin memerlukan sedikit masa untuk membiasakan diri" dengan operasi di pusat pertukaran bas baharu itu.
"Pengendali bas, dengan sokongan daripada LTA, akan memantau keadaan dengan teliti dan membuat penyesuaian yang diperlukan untuk memastikan perjalanan lancar untuk penumpang dan pengguna jalan raya," tambahnya.
LTA turut mendedahkan dalam kenyataan medianya bahawa kedua-dua pusat pertukaran bas telah direka sedemikian rupa untuk mengambil kira keperluan penumpang.
Pusat pertukaran bas itu akan menggabungkan "ciri-ciri inklusif yang memenuhi keperluan keluarga dengan anak kecil, warga emas, serta mereka yang menghadapi cabaran mobiliti", kata LTA.
Terdapat juga akses tanpa halangan di pintu masuk utama, zon beratus khas dengan tempat duduk di semua tempat untuk menaiki bas, tandas yang boleh diakses oleh penumpang berkerusi roda dan bilik penjagaan bayi untuk ibu bapa, kedua-duanya dilengkapi dengan pintu automatik tanpa sentuh.
Bilik jagaan penumpang disediakan untuk mereka yang mungkin memerlukan ruang yang tenang dan menenangkan, kata LTA.
Pusat pertukaran bas itu juga akan menyediakan kemudahan khusus untuk para kakitangan, seperti kantin, tandas kakitangan, bilik pekerja pembersihan dan ruang istirahat kakitangan.
Pusat pertukaran bas itu juga akan menggabungkan beberapa ciri penjimatan tenaga untuk menyokong inisiatif kemampanan.

Sumber : CNA/AT/at
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.