Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Pusat Penyakit Berjangkit pindah ke sebelah TTSH

Pusat Penyakit Berjangkit (CDC) di Moulmein Road akan ditutup esok (13 Dis) dan berpindah ke Pusat Penyakit Berjangkit Nasional yang terletak bersebelahan Hospital Tan Tock Seng.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 12 Dec 2018 09:14PM Dikemas Kini : 12 Dec 2018 10:16PM

SINGAPURA: Pusat Penyakit Berjangkit (CDC) di Moulmein Road akan ditutup esok (13 Dis) dan berpindah ke Pusat Penyakit Berjangkit Nasional yang terletak bersebelahan Hospital Tan Tock Seng.

Buat selama 111 tahun CDC menjadi "kubu" barisan hadapan untuk memerangi penyakit.

Daripada penyakit cacar dan serangan wabak di awal abad ke-20an hinggalah kepada virus HIV dan SARS.

Apabila gejala SARS merebak pada bulan Mac 2003, pusat ini merawat lebih 200 pesakit dan menjalankan saringan ke atas ribuan yang lain untuk membendung wabak tersebut.

Kawasan yang menempatkan CDC ini\ mempunyai 28 bangunan yang merangkumi wad pesakit, pusat penyelidikan dan juga rumah mayat.

Pusat Penyakit Berjangkit Nasional yang baru dijangka beroperasi sepenuhnya pada pertengahan tahun depan.

Sumber : CNA/RR/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan