Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Pusat Penjaja Senja dibuka kepada orang ramai; tawarkan 7 gerai makanan Halal

Anggaran Waktu Membaca:
Pusat Penjaja Senja dibuka kepada orang ramai; tawarkan 7 gerai makanan Halal
Diterbitkan : 11 Dec 2022 11:16PM Dikemas Kini : 11 Dec 2022 11:17PM
SINGAPURA: Para penduduk di Bukit Panjang akan dihidangkan dengan pelbagai pilihan makanan baru selepas Pusat Penjaja Senja dibuka pada Ahad (11 Dis).

Bangunan setinggi dua tingkat itu berupaya menampung sebanyak 580 tempat duduk.

Pusat penjaja baru itu, yang diuruskan oleh syarikat Kopitiam, menampilkan sebanyak 28 gerai, termasuk gerai-gerai baru oleh para penjaja yang bertaraf Michelin.

Antara gerai terkenal di pusat penjaja tersebut termasuk Amoy Street Lor Mee (yang mempunyai cawangan di Pasar Whampoa dan Pusat Penjaja Fernvale), Projek Penyek (gerai popular di ABC Pusat Makanan Brickworks) dan Mohamed Ayaan Rojak (dibuka oleh penjaja generasi kedua yang membuka gerainya sendiri dengan resipi keluarga berusia 50 tahun, dan disokong oleh program baru HawkerBoss Kopitiam).

Gerai yang menjual makanan di bawah jenama Rice Garden juga akan membuka cawangannya yang Halal di Pusat Penjaja Senja.

Gerai tersebut dinamakan 'Warong by Rice Garden'.

Ia menjanjikan harga yang berpatutan bagi set Nasi Kuning, dengan pilihan ayam dan ikan.

Orang ramai boleh mendapatkan hidangan tersebut pada harga S$3.50 bagi setiap set, manakala pemegang kad Biru CHAS, MG (Generasi Merdeka) dan PG (Generasi Perintis), serta mereka yang mempunyai keahliaan NTUC boleh menikmati hidangan tersebut pada harga serendah S$3.

Sementara itu, para pemegang kad ComCare hanya perlu membayar S$2 bagi setiap set.

Gerai tersebut juga menawarkan "Burger Ramly Malaysia yang asli", dedah Kopitiam.

Ia adalah salah satu daripada tujuh gerai Halal yang ditawarkan di pusat penjaja tersebut.

Pusat penjaja itu bukan saja merupakan tempat makan, bahkan ia juga dilengkapi dengan taman atas bumbung dan ruang acara, yang bakal dibuka pada awal 2023.

Pusat Penjaja Senja terletak di 2 Senja Close, Singapura 677632 dan beroperasi dari pukul 6.00 pagi hingga 10.30 malam setiap hari
Waktu operasi berbeza bagi setiap gerai.
 
Sumber : Agensi berita/SS/ss
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan