Pusat Penjaja Newton ditutup 3 bulan bagi kerja-kerja pembaikan dan penghiasan semula
Anggaran Waktu Membaca:

Kain rentang yang dipasang di luar Pusat Penjaja Newton memaklumkan penutupannya dari 1 Nov hingga 31 Jan 2023. (Gambar: BERITAmediacorp)
SINGAPURA: Pusat Penjaja Newton akan ditutup tiga bulan mulai esok (1 Nov) hingga 31 Januari 2023 bagi kerja-kerja pembaikan dan penghiasan semula (R&R).
Demikian menurut Agensi Sekitaran Kebangsaan (NEA) di lamannya.
Langkah itu merupakan sebahagian daripada usaha berkala NEA bagi pusat-pusat penjaja di Singapura, untuk memastikan is sentiasa bersih.
Kerja-kerja pembersihan, pembaikan dan menyuntik kesegaran pada pusat-pusat penjaja kendalian Kementerian Kemampanan dan Sekitaran (MSE) dijalankan oleh NEA.
Manakala kerja-kerja serupa bagi pusat penjaja kendalian HDB dijalankan oleh Majlis Bandaran masing-masing.
Berikut ialah pusat-pusat penjaja lain yang sedang menjalani kerja-kerja R&R:
Blok 2 dan 3 Changi Village Road dari 15 Ogos 2022 hingga 14 November 2022
Pusat Penjaja Bukit Panjang dari 1 September 2022 hingga 30 November 2022
Pusat Penjaja Ci Yuan dari 1 September 2022 hingga 30 November 2022
Blok 216 Bedok North St 1 dari 1 September 2022 hingga 24 November 2022
Blok 115 Bukit Merah View dari 12 September 2022 hingga 10 November 2022

Sumber : BERITA Mediacorp/NK/nk
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.