Skip to main content

Singapura

Pusat penjaja Mountbatten Road dikunjungi 10 kali dalam 10 hari oleh kes COVID-19

Sebuah pusat penjaja di Jalan Batu berdekatan Mountbatten Road dikunjungi oleh seorang atau sebilangan pesakit COVID-19 sebanyak 10 kali sepanjang 10 hari, menurut Kementerian Kesihatan (MOH) pada Rabu (26 Ogos).

Anggaran Waktu Membaca:
Pusat penjaja Mountbatten Road dikunjungi 10 kali dalam 10 hari oleh kes COVID-19

Pusat penjaja di Jalan Batu dekat Mountbatten Rd (Gambar: Google Maps)

Diterbitkan : 27 Aug 2020 08:26AM Dikemas Kini : 27 Aug 2020 08:35AM

SINGAPURA: Sebuah pusat penjaja di Jalan Batu berdekatan Mountbatten Road dikunjungi oleh seorang atau sebilangan pesakit COVID-19 sebanyak 10 kali sepanjang 10 hari, menurut Kementerian Kesihatan (MOH) pada Rabu (26 Ogos).

Dalam kemas kininya malam semalam mengenai keadaan COVID-19 di Singapura, MOH menyatakan individu-individu berjangkit mengunjungi pusat penjaja di Blok 4A Jalan Batu antara 14 Ogos hingga 23 Ogos, dari 12.00 tengah hari hingga 1.00 tengah hari pada setiap kali.

Mereka yang dikenal pasti sebagai kontak rapat kes-kes COVID-19 sudahpun dimaklumkan oleh MOH, menurut kementerian itu.

Ia menambah bahawa mereka yang berada di tempat tersebut pada masa yang dinyatakan harus memantau kesihatan mereka dengan rapi bagi tempoh selama 14 hari selepas mengunjungi tempat itu.

"Mereka harus berjumpa doktor dengan segera jika mengalami gejala jangkitan pernafasan akut (seperti batuk, sakit tekak dan selesema), serta demam dan hilang deria rasa atau bau, dan memaklumkan doktor tentang sejarah pendedahan mereka kepada jangkitan," menurut MOH.

Orang ramai tidak perlu mengelakkan tempat-tempat yang dikunjungi kes-kes COVID-19, tambah MOH.

Agensi Sekitaran Kebangsaan (NEA) juga akan mendapatkan pihak pengurusan di premis yang terjejas untuk menyediakan garis pandu tentang pembersihan dan pembasmian kuman.

Singapura melaporkan 60 kes baru COVID-19 setakat sehingga Rabu (26 Ogos). Daripada jumlah itu, 10 adalah kes import manakala tiga merupakan jangkitan dalam masyarakat. Baki kes adalah pekerja asing yang tinggal di dormitori.


Muat turun aplikasi BERITAmediacorp bagi iOS atau Android dan langgani saluran Telegram kami bagi perkembangan terkini COVID-19: https://t.me/BERITAmediacorp

Sumber : Today/FZ/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita