Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Pusat Penjaja Jurong West ditutup sementara sedang NEA cari pengendali baru

Pusat Penjaja Jurong West akan ditutup selama sekurang-kurangnya 10 bulan untuk kemungkinan kerja-kerja pengubahsuaian dilakukan, sedang Agensi Sekitaran Kebangsaan (NEA) mencari pengendali baru.

Anggaran Waktu Membaca:
Pusat Penjaja Jurong West ditutup sementara sedang NEA cari pengendali baru

Pusat Penjaja Jurong West (Gambar fail: Fann Sim)

Diterbitkan : 05 May 2020 09:45PM Dikemas Kini : 05 May 2020 09:50PM

SINGAPURA: Pusat Penjaja Jurong West akan ditutup selama sekurang-kurangnya 10 bulan untuk kemungkinan kerja-kerja pengubahsuaian dilakukan, sedang Agensi Sekitaran Kebangsaan (NEA) mencari pengendali baru.

Pengendali sekarang Hawker Management, sebuah perusahaan sosial di bawah Koufu, tidak akan memperbaharui kontrak tiga tahunnya dengan NEA apabila ia berakhir pada 6 Ogos.

Dalam kenyataan media pada Selasa (5 Mei), NEA mengumumkan pihaknya akan membuka permintaan untuk cadangan bagi mendapatkan idea baru dari pengendali untuk memperbaiki pusat penjaja dan pasar dua tingkat itu.

"Sebagai sebahagian daripada RFP (permintaan untuk cadangan), NEA akan menjalankan rundingan awam untuk mendapatkan idea dan cadangan dari masyarakat, bekerja dengan pihak berkepentingan dan mungkin melakukan kerja-kerja ubah elok untuk meningkatkan susun atur pusat itu," menurut agensi tersebut.

"Oleh itu, JWHC (Pusat Penjaja Jurong West) dijangka akan ditutup sementara setelah Hawker Management mengundurkan diri, sehingga ia dibuka semula pada separuh kedua tahun 2021."


Mengulas mengenai kontraknya yang akan tamat, Hawker Management mengatakan "standard prestasi idealnya" tidak dipenuhi.

"Menyusuli pelantikan HM (Hawker Management) sebagai pengendali JWHC pada 2017, HM menggunakan sumber sewajarnya untuk membawa kesegaran kepada Pusat Penjaja Jurong West dan menyokong perdagangan penjaja tempatan," menurut syarikat itu dalam satu kenyataan media.

"Meskipun begitu, hasilnya tidak memenuhi standard prestasi ideal kami.

"Koufu, sebagai syarikat tersenarai awam, mempunyai kewajipan untuk melindungi kepentingan pemegang saham kami, oleh itu kami telah membuat keputusan sukar untuk menarik diri setelah tamat kontrak pada Ogos 2020 untuk menumpukan usaha pada aspek lain perniagaan kami."

Hawker Management menyatakan bahawa pihaknya tetap komited untuk menguruskan pusat penjaja sehingga akhir tempoh kontrak, sambil menambah bahawa ia akan memberikan pengecualian sewa untuk pegerai dari Jun hingga tamat tempoh sewa mereka.

Ia juga akan menawarkan yuran penempatan semula bernilai S$1,000 kepada pemilik gerai yang layak.

Semasa fasa peralihan, NEA dan Hawker Management menyatakan mereka akan membantu para penjaja pindah ke gerai yang tersedia di pusat penjaja dan pasar sedia ada yang diuruskan oleh NEA, atau ke kedai kopi dan pusat makanan yang dikendalikan oleh Koufu.

Pegerai sedia ada akan ditawarkan untuk kembali ke Pusat Penjaja Jurong West apabila ia sudah siap, menurut NEA.

"Bagi pegerai yang memilih untuk tidak meneruskan bidang ini dan melakukan pekerjaan lain, atau yang mungkin memerlukan bantuan kewangan, NEA akan bekerjasama dengan agensi berkenaan untuk membantu mereka," tambah agensi itu.

Sumber : CNA/TQ/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan