Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Pusat Penjaja Changi Village dibuka semula selepas 3 bulan

Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Penggemar kegiatan berbasikal atau mereka yang gemar mencari makanan pusat penjaja yang murah dan lazat pasti biasa dengan Pusat Penjaja Changi Village.

Pusat tersebut yang terkenal dengan gerai nasi lemak paling popular di negara ini menjalani kerja-kerja naik taraf selama tiga bulan pada Ogos.

Pada 15 November pusat penjaja tersebut dibuka semula secara berperingkat dan kembali menerima pelanggan. Mereka yang ingin mencari tempat makan malam tidak perlu lagi membuat pilihan yang lain.

Namun, hanya 70 peratus gerai di Changi Village sudah beroperasi.

Gerai popular Mizzy Corner Nasi Lemak antara gerai yang sudah beroperasi sejak Selasa lalu dan menawarkan menu yang sama, lapor Must Share News.

Pada 13 November, Facebook Changi Cycling Singapore berkongsi notis yang menyatakan pusat penjaja tersebut dibuka pada 15 November.

Pembukaan rasmi diadakan pada pukul 1.00 petang hingga 3.00 petang manakala acara nyanyian bermula pada pukul 7.00 malam pada Selasa lalu. Selain daripada itu, Village Fair akan diadakan setiap hari hingga 30 November dari pukul 10.00 pagi hingga 10.00 malam.
Sumber : Sumber Web/HY/hy
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan