Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Pusat Penjaja Bukit Canberra bakal dibuka 17 Dis; tampilkan pilihan makanan lebih sihat, sistem pengisar sisa mesra alam

Anggaran Waktu Membaca:
Pusat Penjaja Bukit Canberra bakal dibuka 17 Dis; tampilkan pilihan makanan lebih sihat, sistem pengisar sisa mesra alam

Gambar: Facebook/ Ong Ye Kung/laman web Canberra Hawker Centre

SINGAPURA: Para penduduk di sekitar bahagian utara negara, khususnya Sembawang, tidak lama lagi boleh menjamu selera di sebuah pusat penjaja baru.

Dalam satu catatan Facebook Jumaat lalu (8 Dis), Menteri Kesihatan Ong Ye Kung mengumumkan Pusat Penjaja Bukit Canberra akan dibuka pada Sabtu ini (17 Dis).

Orang ramai boleh melanggani daripada 44 gerai di pusat penjaja tersebut yang mampu menampung sekitar 800 orang.

Selain menawarkan beraneka hidangan terkenal pusat penjaja yang lebih sihat, terdapat juga pilihan makanan menarik lain yang boleh dinikmati seperti mookata, masakan Hainan & Harbin, makanan 'fusion' Mexico-India serta makanan laut barbeku ala Melaka.

Menurut Encik Ong, pusat penjaja tersebut akan menampilkan sistem pengisar sisa mesra alam yang akan menukar sisa makanan menjadi kompos.

Selain itu, pengunjung juga boleh mengambil bahagian dalam program "Belanja A Meal" di mana mereka boleh membeli makanan untuk penduduk kurang berkemampuan yang tinggal di kawasan tersebut.

Khusus buat pemegang kad-kad CHAS, Generasi Perintis dan Generasi Merdeka, mereka boleh menikmati diskaun harian apabila membeli makanan di pusat penjaja itu.

Pusat Penjaja Bukit Canberra merupakan sebahagian daripada hab sukan dan masyarakat bersepadu seluas 12 hektar di Sembawang, yang turut merangkumi dewan sukan tertutup ActiveSG yang sudah dibuka pada Oktober 2022.

Pembukaan pusat penjaja itu akan dibuka lebih awal daripada jadual sepatutnya iaitu pada suku pertama tahun depan.
Sumber : Agensi berita/HY/fa
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan