Pusat Pengunjung AirBaru ditutup mulai 31 Julai
Sejak dibuka pada 2003, pusat itu telah mempromosikan kemampanan air kepada pengunjungnya melalui paparan interaktif, lawatan, bahan pameran dan bengkel, secara percuma.
(Gambar: PUB)
Demikian menurut agensi air negara PUB dalam satu kenyataan media pada Isnin (24 Jun).
PUB menambah bahawa sejak dibuka pada 2003, pusat itu telah mempromosikan kemampanan air kepada pengunjungnya melalui paparan interaktif, lawatan, bahan pameran dan bengkel, secara percuma.
Kilang AirBaru Bedok (BNF), yang terletak bersebelahan dengan pusat pengunjung itu, juga akan ditutup pada hari yang sama apabila ia mencapai penghujung "jangka hayat operasi". Dibuka pada 2003, ia merupakan kilang pengeluaran AirBaru tertua di Singapura.
Baki empat kilang AirBaru terletak di Kranji, Ulu Pandan, dan dua di Changi.
Kilang di Bedok akan digantikan dengan kilang ketiga di Loji Penambakan Air Changi, yang akan mempunyai lebih seganda kapasiti pengeluaran berbanding loji di Bedok, dedah PUB.
"Sementara itu, warga Singapura boleh pergi ke Galeri Kemampanan Singapura di Bendungan Marina untuk mengetahui lebih lanjut tentang AirBaru dan empat sumber bekalan air Singapura atau Four National Taps," katanya.
Ketua Eksekutif PUB Ong Tze-Ch’in berkata: “AirBaru melambangkan semangat inovasi Singapura dalam mengatasi kekangan semula jadi kita. Lebih dua dekad, warga muda dan tua Singapura telah ke Pusat Pelawat AirBaru untuk mengetahui tentang cara kita mengitar semula air terpakai tanpa henti, yang membolehkan kita mengatasi kekurangan sumber air semula jadi.
Dengan penutupannya itu, PUB akan meneroka platform baharu bagi pendidikan mengenai kisah Airbaru Singapura.”
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.