Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Pusat pengkomputeran baru buka luas peluang bagi pelajar sertai projek masyarakat

Singapura harus mengelakkan berlakunya jurang digital sedang ia memanfaatkan teknologi untuk mewujudkan peluang-peluang baru.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 29 Jun 2021 08:34PM Dikemas Kini : 29 Jun 2021 09:04PM

SINGAPURA: Singapura harus mengelakkan berlakunya jurang digital sedang ia memanfaatkan teknologi untuk mewujudkan peluang-peluang baru.

Ini bermakna semua orang harus memainkan peranan untuk membina sebuah masyarakat digital yang inklusif.

Timbalan Perdana Menteri Heng Swee Keat berkata demikian semasa berucap di majlis pelancaran Sekolah Pengkomputeran Universiti Nasional Singapura (NUS) pada Selasa (29 Jun).

Pusat itu membuka lebih banyak peluang bagi para pelajar menyertai projek-projek masyarakat.

Daripada kegiatan mengajar kemahiran komputer kepada kanak-kanak keluarga kurang bernasib baik, kepada membina sebuah aplikasi untuk mempergiatkan pengesanan kontak dalam usaha negara memerangi COVID-19.

Cara itu dimanfaatkan penuntut bidang pengkomputeran teknologi untuk kebaikan masyarakat.

Lebih banyak projek akan diusahakan pusat baru itu untuk berkhidmat kepada masyarakat.

Encik Heng menambah sasaran pusat itu menyerupai gerakan Singapura Bersama.

Gerakan berkenaan memberi peluang kepada rakyat Singapura berkongsi idea tentang cara-cara untuk memajukan negara dalam bentuk kerjasama, perikatan antara sektor swasta dengan awam serta perbincangan.

Sumber : CNA/AY/sm
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan