Pusat Pengantara Binaan Singapura mula beroperasi esok
Syarikat-syarikat dalam industri binaan kini mempunyai sebuah pusat pengantara khusus untuk menyelesaikan pertikaian. Pusat Pengantara Binaan Singapura (SCMC) dilancarkan hari ini (12 Mac) oleh Persatuan Kontraktor Singapura (SCAL).
SINGAPURA: Syarikat-syarikat dalam industri binaan kini mempunyai sebuah pusat pengantara khusus untuk menyelesaikan pertikaian. Pusat Pengantara Binaan Singapura (SCMC) dilancarkan hari ini (12 Mac) oleh Persatuan Kontraktor Singapura (SCAL).
Ini selepas SCAL mendapati permintaan bagi khidmat pengantara mengenai pertikaian dalam industri binaan kian meningkat.
Menurut SCAL, pertikaian yang paling sering berlaku adalah mengenai pembayaran, kerosakan dan jumlah pampasan. Sebelum ini, pertikaian sedemikian ditangani Pusat Pengantara Singapura. Perangkaan terbaru menunjukkan 40 peratus daripada pertikaian yang diuruskan pada 2017 berkaitan dengan industri binaan.
Menurut Menteri Negara Pembangunan Negara Zaqy Mohamad, kita perlu sentiasa berusaha untuk menyelesaikan pertikaian dengan cepat dan aman.
Pusat tersebut mula beroperasi esok dengan 24 pengantara yang dilantik. Untuk mendapatkan khidmat pengantara dengan pusat tersebut, sekurang-kurangnya satu pihak yang bertelagah haruslah merupakan ahli SCAL.
Bayaran yang dikenakan adalah antara S$800 hingga S$4,300 sehari bagi setiap pihak, bergantung kepada jumlah yang dituntut.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.