Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Pusat pendidikan & pengayaan cari jalan tangani inflasi

Anggaran Waktu Membaca:
Pusat pendidikan & pengayaan cari jalan tangani inflasi

Gambar: Facebook/ Concept First Physics Tuition

Diterbitkan : 29 May 2022 09:22PM Dikemas Kini : 30 May 2022 10:59AM

SINGAPURA: Inflasi bukan sahaja menjejas perbelanjaan harian seperti makanan, tetapi juga sektor pendidikan.

Bagi mengatasi masalah itu, pusat-pusat pendidikan pengayaan kini cuba mencari jalan kreatif.

Pusat seperti EduFirst kini berdepan dengan bil elektrik, yuran sewa premis dan juga kos tenaga kerja yang lebih tinggi.

Lantaran itu, ia terpaksa menaikkan yurannya sebanyak $20 sebulan bagi setiap pelajar.

Kini, yuran yang dikenakan adalah $220 seorang.

Akibatnya, lima peratus ibu bapa mengundurkan penyertaan anak-anak mereka.

Bagi pusat Concept First pula, ia memutuskan untuk mengendalikan lebih banyak kelasnya secara online.

Dengan cara itu, ia tidak memerlukan ramai tenaga pengajar dan sebaliknya boleh mengambil lebih ramai murid.

Menurut pusat ini, walaupun ia menaikkan yuran tuisyen sebanyak 5 peratus, pendaftaran yang diterimanya kekal stabil.

Sebahagian pusat lain bagaimanapun mengekalkan kadar yurannya, seperti NTUC First Campus.

Satu dana telah ditubuhkan untuk membantu para ibu bapa susah.

Sumber : CNA/DY/kf

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan