Pusat Pemeriksaan Woodlands, Tuas dijangka sesak teruk semasa cuti hujung minggu Good Friday
Anggaran Waktu Membaca:
Para pemandu menghala ke Johor Bahru di Pusat Pemeriksaan Woodlands pada 20 Jan, 2023. (Gambar fail: CNA/Ooi Boon Keong)
- Para pelawat boleh menjangkakan kesesakan teruk di pusat-pusat pemeriksaan darat Singapura-Malaysia semasa hujung minggu panjang Good Friday.
- "Mereka yang masih perlu melakukan perjalanan ketika waktu sibuk boleh menimbangkan untuk menggunakan khidmat bas rentas sempadan demi mengelak kesesakan," ujar ICA dalam satu makluman perjalanan.
- Untuk memastikan perjalanan lebih lancar, ICA menasihati para pemandu agar periksa keadaan lalu lintas di pusat pemeriksaan sebelum memulakan perjalanan.
- Para pelawat ke Singapura harus mengelak membawa masuk barangan yang dilarang atau terkawal.
SINGAPURA: Para pelawat boleh menjangkakan kesesakan teruk di pusat-pusat pemeriksaan darat Singapura-Malaysia semasa hujung minggu panjang Good Friday.
Cuti ini biasanya hujung minggu panjang tersibuk setiap tahun bagi pusat pemeriksaan Tuas dan Woodlands, menurut Penguasa Imigresen dan Pusat Pemeriksaan (ICA) pada Isnin (14 Apr).
Good Friday jatuh pada tanggal 18 April tahun ini, dengan kesesakan teruk dijangkakan di pusat-pusat pemeriksaan itu dari 17 April hingga 21 April.
"Para pelawat boleh menjangkakan waktu lebih lama untuk melepasi imigresen.
"Mereka yang masih perlu melakukan perjalanan ketika waktu sibuk boleh menimbangkan untuk menggunakan khidmat bas rentas sempadan demi mengelak kesesakan," ujar ICA dalam satu makluman perjalanan.
Hujung minggu panjang Hari Raya bulan lalu menyaksikan lebih 1.8 juta pelawat merentasi sempadan.
Mereka yang memandu semasa waktu sibuk menunggu sehingga tiga jam untuk melepasi pemeriksaan imigresen akibat kesesakan teruk dari Malaysia, jelas ICA.
"Kami memohon pemahaman pemandu agar bekerjasama dengan pegawai ICA, patuhi peraturan lalu lintas dan kekal dalam laluan."
Tindakan tegas akan diambil ke atas para pemandu yang tidak mematuhi arahan pegawai dan melakukan kesalahan, tambahnya.
TIP UNTUK PELAWAT
Untuk memastikan perjalanan lebih lancar, ICA menasihati para pemandu agar periksa keadaan lalu lintas di pusat pemeriksaan sebelum memulakan perjalanan.
Maklumat terkini lalu lintas boleh didapati di laman OneMotoring Penguasa Pengangkutan Darat (LTA) atau melalui Sistem Pengawasan dan Maklumat Ekspreswe (EMAS) yang dipasang sepanjang Ekspreswe Bukit Timah dan Ekspreswe Ayer Rajah.
Para pemandu juga boleh kunjungi akaun Facebook dan X ICA untuk sebarang kemas kini.
Mereka yang melakukan perjalanan melalui kereta dan motosikal digalakkan mengguna kod QR berbanding pasport untuk pemeriksaan imigresen yang lebih ringkas dan mudah.
Para pelawat yang menaiki bas juga boleh menggunakan kod QR yang dihasilkan oleh aplikasi MyICA. Kod ini boleh digunakan di laluan automasi dan laluan bantuan khas (SAL) di dewan bas kedua-dua pusat pemeriksaan.
"Para pelawat yang menggunakan kerusi roda serta keluarga empat anggota, termasuk kanak-kanak bawah enam tahun, dapat menikmati pemeriksaan lebih cepat menggunakan kod QR di SAL," tambah ICA.
Ia juga mengingatkan para pemandu kereta asing agar memastikan Permit Masuk Kenderaan (VEP) mereka sah.
Mereka yang tidak mempunyai kad Autopass yang sah, emel kelulusan VEP daripada Penguasa Pengangkutan Darat (LTA) atau insurans yang sah boleh diminta untuk patah balik.
Pemandu yang mempunyai saman tertunggak daripada agensi pemerintah juga tidak dibenarkan masuk ke Singapura.
ICA menambah pemandu harus mengelak memotong barisan di pusat pemeriksaan, kerana ia boleh mengakibatkan kesesakan teruk dan menjejas keselamatan para pemandu lain.
"Para pemandu cuai yang didapati memotong barisan akan diarah berpatah balik dan beratur semula," ujar ICA.
Penguasa imigresen mengingatkan para pelawat untuk memastikan paport mereka sah untuk sekurang-kurangnya enam bulan lagi.
Pelawat jangka pendek ke Singapura, termasuk mereka yang mempunyai kelulusan prinsip untuk pas jangka panjang, harus menyerahkan Kad Ketibaan Singapura melalui aplikasi MyICA dalam tempoh tiga hari sebelum tiba di Singapura.
Penduduk tetap Singapura yang sudah perbaharui pasport harus memastikan bahawa permit masuk semula mereka sudah dipindahkan ke pasport baharu mereka.
Pemegang pas jangka panjang harus memaklumkan ICA atau Kementerian Tenaga Manusia (MOM) jika ada perubahan dalam butiran pasport mereka sebelum mereka masuk semula.
Para pelawat ke Singapura harus mengelak membawa masuk barangan yang dilarang atau terkawal. Senarai barangan itu boleh didapati di laman ICA.
Sesiapa yang membawa barang sedemikian harus menyerahkannya kepada pegawai ICA sebelum diperiksa.

Sumber : CNA/RY/at
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.