Pusat pemeriksaan Woodlands, Tuas dijangka sesak sempena cuti hujung tahun
Anggaran Waktu Membaca:

(Gambar fail: AFP/Roslan Rahman)
SINGAPURA: Penguasa Imigresen dan Pusat Pemeriksaan (ICA) memberi amaran tentang kesesakan di pusat pemeriksaan Woodlands dan Tuas semasa tempoh cuti sekolah hujung tahun.
Menurut nasihat yang dikeluarkan pada Selasa (15 Nov), orang ramai boleh menjangkakan lalu lintas yang sesak dengan aliran trafik melalui pusat pemeriksaan Woodlands dan Tuas sudah kembali kepada sekitar 80 peratus paras sebelum COVID-19.
Menurut ICA,hampir 1 juta pelawat melalui kedua-dua pusat pemeriksaan tersebut pada hujung minggu lalu dari 4 November hingga 6 November.
Pihaknya penguasa menjangkakan lalu lintas lebih sesak semasa tempoh 17 November hingga 2 Januari, terutama sekali pada hujung minggu.
"Pada kemuncak cuti sekolah hujung tahun 2019, masa menunggu bagi pelawat yang bertolak atau masuk ke Singapura dengan menaiki kereta melalui pusat pemeriksaan darat adalah sekitar tiga jam," menurut ICA.
ICA mengenal pasti waktu-waktu sibuk antara 17 November dengan 2 Januari seperti berikut:
Bertolak dari Singapura:
Khamis: 6.00 petang hingga 11.59 malam
Jumaat: 2.00 petang hingga 11.59 malam
Sabtu: 6.00 pagi hingga 9.00 pagi, 2.00 petang hingga 11.59 malam
Ahad: 6.00 pagi hingga 8.00 pagi, 3.00 petang hingga 6.00 petang
Tiba di Singapura:
Hari biasa: 10.00 malam hingga 11.59 malam
Isnin, Sabtu dan Ahad: 6.00 petang hingga 11.59 malam
Bagi perjalanan yang lebih lancar, ICA juga menasihatkan orang agar memastikan segala keperluan mereka disemak rapi.
Ini termasuk memastikan pasport mereka masih sah digunakan sekurang-kurangnya enam bulan sebelum tarikh luput dan menyerahkan Kad Ketibaan Singapura dan pengisytiharaan kesihatan sebelum tiba di Singapura.
Penduduk Singapura - rakyat Singapura, penduduk tetap dan pemegang pas jangka panjang - terkecuali daripada perlu menyerahkan pengisytiharaan kesihatan sekiranya mereka pulang ke Singapura menerusi pusat pemeriksaan darat.
Pemandu juga dinasihati agar memeriksa keadaan lalu lintas di pusat pemeriksaan darat sebelum perjalanan mereka.
Pemandu kenderaan yang berdaftar di luar negara mesti mempunyai Permit Kemasukan Kenderaan yang sah, emel kelulusan LTA dan kad Autopass untuk memasuki Singapura.
Kereta berdaftar di Singapura menuju ke Malaysia pula perlu mematuhi peraturan "tiga-suku tangki minyak". Mereka yang gagal berbuat demikian boleh dikenakan denda komposisi sehingga S$500 atau didakwa di mahkamah.
Mereka turut tidak dibenarkan meneruskan perjalanan ke Malaysia.

Sumber : CNA/SS/ss
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.