Pusat Pemeriksaan Woodlands & Tuas dijangka sesak memanjang semasa cuti Tahun Baru Cina
Mereka yang melakukan perjalanan ke Malaysia menaiki bas atau kereta antara 16 hingga 20 Januari dinasihati supaya mengambil kira masa tambahan bagi pelepasan imigresen.
Anggaran Waktu Membaca:

(Gambar: Roslan Rahman/AFP)
SINGAPURA: Keadaan lalu lintas dijangka terus sesak di Pusat Pemeriksaan Woodlands dan Tuas sepanjang musim cuti Tahun Baru Cina yang bakal menjelang hujung minggu ini.
Kesesakan lalu lintas yang memanjang juga dijangkakan di Malaysia, menurut Penguasa Imigresen dan Pusat Pemeriksaan (ICA) pada Isnin (16 Jan).
Mereka yang melakukan perjalanan ke Malaysia menaiki bas atau kereta antara 16 hingga 20 Januari dinasihati supaya mengambil kira masa tambahan bagi pelepasan imigresen.
Pelawat yang menaiki bas yang layak untuk menggunakan laluan automatik di dewan penumpang juga digalakkan untuk berbuat demikian.
ICA menyatakan aliran trafik melalui pusat pemeriksaan darat sudah kembali ke paras sebelum pandemik semasa waktu sibuk.
"Semasa musim cuti hujung tahun pada 2022, lebih satu juta pelawat menggunakan kedua-dua pusat pemeriksaan darat, dengan 361,000 orang merentasinya setiap hari."
Penguasa itu turut menambah semasa tempoh kemucak Tahun Baru Cina pada 2019, masa menunggu purata untuk pelawat yang bertolak atau tiba menaiki kereta melalui pusat-pusat pemeriksaan darat adalah sekitar tiga jam.
ICA mengingatkan para pemandu supaya elak daripada memotong barisan beratur kerana tindakan itu boleh menyebabkan "kesesakan teruk" dan menjejas keselamatan pengguna jalan raya yang lain.
"Mereka dinasihatkan supaya mematuhi peraturan lalu lintas, menjaga disiplin lorong dan bekerjasama dengan para pegawai bertugas.
"ICA bekerjasama rapat dengan Polis Trafik untuk memastikan disiplin jalan raya di persimpangan utama yang menghala ke pusat-pusat pemeriksaan darat," menurut pihak berkuasa itu.
Pemandu dinasihati supaya memantau keadaan lalu lintas di pusat pemeriksaan darat menerusi laman One Motoring Penguasa Pengangkutan Darat (LTA) atau melalui Sistem Pengawasan dan Maklumat Ekspreswe (EMAS) yang dipasang di Ekspreswe Bukit Timah (BKE) dan Ekspreswe Ayer Rajah (AYE).
BARANGAN TERLARANG
ICA mengingatkan pelawat agar tidak membawa masuk barangan terlarang seperti mercun, "Pop-Pop", senjata, produk tembakau tiruan seperti rokok elektronik atau pengewap (vape) mahupun barangan terkawal seperti telur dan tanaman pasu.
"Mereka yang membawa masuk barangan terkawal atau yang boleh dikenakan cukai seperti produk tembakau mesti secara proaktif mengisytiharkannya kepada para pegawai kami sebelum diperiksa," menurut ICA.
Mereka yang memandu kereta berdaftar di Singapura untuk menuju ke Malaysia harus mematuhi peraturan "tiga suku tangki minyak". Jika gagal berbuat demikian, mereka boleh dikenakan denda S$500 atau didakwa di mahkamah.
Mereka turut tidak dibenarkan untuk meneruskan perjalanan ke Malaysia.
Pemandu kenderaan yang didaftarkan di luar negara pula mesti mempunyai Permit Masuk Kenderaan (VEP) yang sah, emel kelulusan LTA dan kad Autopass untuk masuk ke SIngapura.
Bagi pelepasan imigresen lebih licin, pelawat harus memastikan pasport mereka mempunyai baki tempoh kesahan sekurang-kurangnya enam bulan.
Penduduk Tetap Singapura (PR) yang sudah memperbaharui pasport mereka perlu memindahkan Permit Masuk Semula mereka ke pasport baru.
Semua pelawat jangka pendek mesti menyerahkan Kad Ketibaan Singapura dan perisytiharan kesihatan mereka dalam tempoh tiga hari sebelum memasuki Singapura.
Penduduk Singapura - rakyat, Penduduk Tetap (PR) dan pemegang pas jangka panjang - dikecualikan daripada menyerahkan perisytiharan kesihatan sekiranya mereka kembali ke tanah air melalui pusat pemeriksaan darat.
Kad Ketibaan Singapura boleh diserahkan secara online menerusi laman ICA atau aplikasi MyICA Mobile.

Sumber : CNA/FZ/fz
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.