Pusat Pemeriksaan Woodlands, Tuas dijangka "sangat sesak" sempena Hari Raya Haji
Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Penguasa Imigresen dan Pusat Pemeriksaan Singapura (ICA) menjangkakan "kesesakan lalu lintas yang tinggi" di pusat pemeriksaan Woodlands dan Tuas pada hujung minggu panjang Hari Raya Haji ini.
Dalam satu catatan Facebook pada Jumaat (14 Jun), ICA menasihatkan pengunjung supaya mengambil kira faktor masa menunggu yang lebih panjang bagi pelepasan imigresen.

ICA menambah bahawa lebih 510,000 ppengunjung melintasi pusat pemeriksaan Woodlands dan Tuas pada 13 Jun.
Semasa hujung minggu panjang sempena cuti Good Friday dari 28 Mac hingga 1 April, hampir 2.3 juta pelancong melintasi dua pusat pemeriksaan darat yang menghubungkan Singapura dan Malaysia, itu menandakan lebih 455,000 lintasan setiap hari.
"ICA juga meminta kerjasama dan pemahaman pengunjung agar bersabar, mematuhi peraturan lalu lintas, menjaga disiplin laluan, dan bekerjasama dengan pegawai di lokasi apabila menggunakan pusat pemeriksaan darat," katanya, sambil menasihat mereka mengikuti laman Facebooknya untuk maklumat terkini tentang trafik dan keadaan di pusat pemeriksaan.

Sumber : BERITA Mediacorp/SU/ss
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.