Skip to main content

Singapura

Pusat Pemeriksaan Tuas & Woodlands dijangka sesak semasa cuti hujung tahun

Pusat Pemeriksaan Tuas dan Woodlands dijangka sesak semasa cuti sekolah hujung tahun ini yang bermula pada pertengahan November.

Anggaran Waktu Membaca:
Pusat Pemeriksaan Tuas & Woodlands dijangka sesak semasa cuti hujung tahun

(Gambar: AFP/Roslan Rahman)

Diterbitkan : 12 Nov 2024 08:08AM Dikemas Kini : 12 Nov 2024 08:10AM
SINGAPURA: Pusat Pemeriksaan Tuas dan Woodlands dijangka sesak semasa cuti sekolah hujung tahun ini yang bermula pada pertengahan November.

Penguasa Imigresen & Pusat Pemeriksaan (ICA) menasihati para pelawat untuk mengambil kira masa menunggu tambahan dari 15 Nov hingga 1 Jan 2025, terutamanya pada hujung minggu.

ICA mencatatkan lebih lima juta pelawat melintasi pusat-pusat pemeriksaan Woodlands dan Tuas, yang menghubungkan Singapura dengan Malaysia semasa cuti sekolah September lalu antara 30 Ogos hingga 8 September.

"Jumlah pelawat paling ramai ialah pada 6 September, dengan rekod lebih daripada 543,000 orang setiap hari. Para pelawat yang menaiki kereta dan berlepas semasa waktu sibuk terpaksa menunggu sehingga tiga jam untuk melalui pemeriksaan imigresen," menurut ICA dalam satu kenyataan semalam (11 Nov).

ICA turut menggesa para pelawat untuk bekerjasama dengan para pegawainya dengan mematuhi peraturan lalu lintas dan mengekalkan disiplin lorong.

ICA memberi amaran, pihaknya tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan tegas terhadap pelawat yang gagal mematuhi arahan pegawai atau melakukan kesalahan di pusat pemeriksaan.

Bagi memastikan perjalanan lebih lancar, para pelawat yang menaiki kereta atau motosikal digalakkan menggunakan kod QR sebagai pengganti pasport dan mengelakkan memotong barisan kerana ia boleh menyebabkan kesesakan yang teruk dan membahayakan keselamatan pemandu lain.

"Pemandu yang didapati memotong barisan akan diminta berpatah balik dan beratur semula," tegas ICA.
Sumber : Bernama/HA/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita