Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Pusat Pemeriksaan SG-Malaysia dijangka sesak sempena Hari Vesak, cuti sekolah Jun

Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Kesesakan trafik dijangka berlaku di pusat pemeriksaan Woodlands dan Tuas dalam beberapa minggu akan datang, semasa cuti Hari Vesak dan cuti sekolah bulan Jun.

Selain itu, langkah-langkah keselamatan dipertingkat susuli serangan di balai polis Ulu Tiram, Johor yang meragut nyawa dua pegawai polis.
Menurut Penguasa Imigresen dan Pusat Pemeriksaan (ICA) pada Isnin (20 Mei), semasa hujung minggu panjang Good Friday, dari 28 Mac hingga 1 Apr, hampir 2.3 juta pelawat melepasi Pusat Pemeriksaan Woodlands dan Tuas.

Jumlah tersebut 30 peratus lebih tinggi berbanding tempoh hujung minggu yang sama pada 2023.

Semasa waktu sibuk, mereka yang menaiki kereta terpaksa menunggu sehingga tiga jam sebelum melepasi imigresen, disebabkan trafik sesak di Malaysia, tambah ICA.

PENUTUPAN BERKALA LALUAN MOTOSIKAL

Lorong motosikal di Koswe Johor juga akan ditutup secara berkala sehingga 5 Jun bagi memudahkan kerja-kerja pembinaan Sistem Gerak Cepat (RTS) Johor Bahru-Singapura.

Ia akan menjejas lorong kedua-dua hala ke Singapura dan Malaysia.

Laluan ke Singapura akan ditutup bermula pukul 8.00 pagi hingga 3.00 pagi, manakala laluan ke Malaysia akan ditutup bermula pukul 10.00 malam hingga 5.00 pagi.

Penunggang motosikal akan dilencongkang ke lorong lain semasa penutupan tersebut.

Pengendali kereta api Malaysia MRT Corp menasihatkan pengguna jalan raya mematuhi petanda trafik dan arahan pengawal trafik semasa lorong ditutup.
Sumber : CNA/AE/ae
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan