Pusat pemeriksaan darat SG dijangka sesak semasa cuti sekolah hujung tahun
Trafik dijangka sesak di pusat-pusat pemeriksaan Woodlands dan Tuas sepanjang cuti sekolah hujung tahun dari 21 November hingga 1 Januari.
Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Trafik dijangka sesak di pusat-pusat pemeriksaan Woodlands dan Tuas sepanjang cuti sekolah hujung tahun dari 21 November hingga 1 Januari.
Para pelawat boleh menjangkakan masa menunggu lebih lama untuk melepasi pemeriksaan imigresen, khususnya sedang pihak berkuasa mempertingkatkan usaha mengekang penyeludupan vape, menurut Penguasa Imigresen dan Pusat Pemeriksaan (ICA) pada Isnin (17 Nov).
ICA menasihatkan orang ramai supaya memeriksa keadaan trafik di pusat-pusat pemeriksaan darat sebelum melakukan perjalanan.
"Mereka yang perlu melakukan perjalanan semasa waktu sibuk boleh menimbangkan untuk menaiki khidmat bas rentas sempadan untuk mengelakkan kesesakan," tambah ICA.
Para pelawat juga digalakkan menggunakan kod QR yang dijana menerusi aplikasi MyICA untuk memanfaatkan prosedur pelepasan imigresen tanpa pasport yang lebih mudah. Pasport bagaimanapun masih diperlukan bagi perjalanan ke luar negara.
Sepanjang cuti hujung minggu Deepavali dari 17 Oktober hingga 20 Oktober, hampir dua juta pelawat melalui pusat pemeriksaan Woodlands dan Tuas.
Jumlah pelawat memuncak pada 17 Oktober, dengan lebih 550,000 orang melepasi pemeriksaan imigresen di pusat-pusat pemeriksaan darat tersebut.
Para pemandu yang melakukan perjalanan pada waktu sibuk terpaksa menunggu sehingga tiga jam untuk menjalani pemeriksaan imigresen akibat kesesakan trafik dari Malaysia.
ICA turut mengingatkan para pelawat untuk memastikan pasport mereka mempunyai tempoh sah sekurang-kurangnya selama enam bulan.
Semua pelawat jangka pendek, termasuk mereka yang memegang kelulusan secara berprinsip bagi pas jangka panjang, perlu menyerahkan Kad Ketibaan Singapura dan perisytiharan kesihatan melalui aplikasi MyICA dalam tempoh tiga hari sebelum tiba di Singapura.
Penduduk Tetap (PR) Singapura yang sudah memperbaharui pasport mereka perlu memastikan permit masuk semula dipindahkan ke dokumen baharu mereka.
Para pemegang pas jangka panjang juga perlu memaklumkan kepada ICA atau Kementerian Tenaga Manusia (MOM) tentang sebarang perubahan pada butiran pasport mereka sebelum pulang ke Singapura.
“Kami memohon kerjasama para pelawat untuk mematuhi arahan pegawai-pegawai ICA, mematuhi peraturan lalu lintas dan menjaga disiplin lorong,” menurut agensi itu.
“ICA tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan tegas terhadap pelawat yang enggan mematuhi arahan pegawai kami atau melakukan kesalahan di pusat-pusat pemeriksaan.”

Sumber : CNA/AZ/az
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.