Pusat pembelajaran baru dilancar, tingkatkan kemahiran digital warga emas
Sebuah ruang baru bagi membantu golongan warga emas agar lebih yakin dengan teknologi di samping mendakapi pendigitalan menerusi pembelajaran.
SINGAPURA: Sebuah ruang baru bagi membantu golongan warga emas agar lebih yakin dengan teknologi di samping mendakapi pendigitalan menerusi pembelajaran.
Pusat MSSALC itu meliputi tiga zon bagi kegiatan sosial, pembelajaran dan perbincangan.
Ia bekerjasama dengan bank DBS, foodpanda dan Gojek untuk melatih sukarelawan bagi menyediakan kursus-kursus khusus bagi warga emas.
Semasa merasmikan pusat tersebut pada Jumaat(18 Feb), Presiden Halimah Yacob berkata inisiatif itu akan membantu memperkasa rakyat Singapura.
Puan Halimah juga merupakan penaung gerakan nasional Digital for Life atau Digital Sepanjang Hayat yang bertujuan untuk mendorong warga Singapura mendakap gaya hidup digital.
Pusat itu terdiri daripada tiga zon untuk warga emas bergaul, mengikuti kelas dan ceramah.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.