Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Pusat Pekerja Domestik ketiga dibuka di Woodlands; pertingkat sokongan bagi pembantu rumah baru

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 23 May 2023 07:35PM Dikemas Kini : 23 May 2023 10:02PM

SINGAPURA: Para pekerja domestik hijrahan atau pembantu rumah dan majikan mereka kini ada satu lagi wadah untuk mendapatkan bantuan atau nasihat.

Pusat Pekerja Domestik (CDE) ketiga dibuka di Woodlands.

Dua pusat CDE sudahpun dibuka di Tampines dan Pasir Panjang sebelum ini.

Temu bual kesejahteraan dengan para pembantu rumah baru boleh diadakan di 26 bilik di pusat berkenaan.

Mereka perlu menghadiri dua sesi dalam tahun pertama mereka bekerja.

Temu bual itu boleh membantu dalam memantau jika mereka dapat menyesuaikan diri kepada kehidupan dan pekerjaan di Singapura.

Pusat itu bertujuan mengukuhkan sokongan bagi para pembantu rumah serta kesejahteraan mereka.

Ada juga bengkel pendidikan untuk mereka menimba kemahiran baru pada hujung minggu.

Ketiga-tiga pusat CDE boleh menampung sehingga 9,000 temu bual dalam sebulan.

"Kami gembira bahawa pusat ketiga CDE boleh mula beroperasi dan membantu majikan serta pembantu rumah. Kami akan memantau permintaannya dan bersedia untuk melakukan lebih banyak jika perlu," kata Menteri Negara Tenaga Manusia Gan Siow Huang. 

"Tahun lalu, CDE melakukan lebih 30,000 temu bual dan dengan pusat baru ini, kapasitinya akan bertambah."

Sumber : CNA/RU/NY/ny
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan