Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Pusat pediatrik ortotik sehenti Hospital KK dibuka rasmi

Pusat pediatrik ortotik yang pertama di Singapura dibuka rasmi di Hospital KK bagi Wanita dan Kanak-kanak. 

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 21 Nov 2019 10:40PM Dikemas Kini : 22 Nov 2019 12:28AM

SINGAPURA: Pusat pediatrik ortotik yang pertama di Singapura dibuka rasmi di Hospital KK bagi Wanita dan Kanak-kanak.

Ia memberi tumpuan kepada kanak-kanak yang mempunyai masalah tulang belakang dan di bahagian kaki.

Pembukaan pusat tersebut bermakna para pesakit tidak lagi perlu pergi ke beberapa tempat berlainan untuk memasang peralatan yang dapat membantu mereka berjalan dengan lebih baik.

Tahun ini, kemudahan itu sudahpun menyediakan jagaan sedemikian sebanyak lebih 2,000 kali - satu lonjakan daripada dua tahun lalu apabila jumlahnya melebihi 1,500 kali.

Pusat itu juga mempunyai bengkel sendiri untuk membuat peralatan seperti alas kasut khas untuk pesakit.

Pusat sehenti tersebut juga memudahkan proses menangani kes-kes rumit seperti yang memerlukan pakar ortotik bekerjasama dengan pakar-pakar dari jabatan yang lain. 

Sumber : CNA/NF/fz
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan