Skip to main content

Singapura

Pusat MRI baharu di Bukit Timah kurangkan masa imbasan sehingga 25% bagi prosedur tertentu

Anggaran Waktu Membaca:

Diterbitkan : 14 Feb 2026 06:54PM Dikemas Kini : 04 Mar 2026 08:30PM
SINGAPURA: Sebuah pusat Pengimejan Resonans Magnetik (MRI) yang baharu di Bukit Timah akan mengurangkan masa imbasan sehingga 25 peratus bagi prosedur tertentu.

Lebih ramai pesakit akan dapat menjalani imbasan MRI dan mendapat rawatan susulan yang lebih cepat.

Ini kerana akan ada sekitar 18,000 slot mesin MRI tambahan setiap tahun.

Ini berlaku di tengah-tengah penduduk yang semakin menua yang dijangka mempunyai keperluan imbasan MRI yang lebih tinggi. 

Dua daripada tiga mesin MRI di pusat baharu itu mempunyai saiz terowong garis pusat 75 sentimeter.

Menurut SingHealth, saiz terowong yang lebih besar meningkatkan keselesaan dan dapat menampung pelbagai jenis badan.

Bilik-bilik MRI juga dilengkapi dengan pandangan pada dinding dan siling yang menenangkan pesakit.

SingHealth juga akan mempertimbangkan pembukaan lebih banyak pusat sedemikian,
selepas mengkaji maklum balas pesakit.
Sumber : CNA/AA/ss
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita