Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Pusat Makanan dan Pasar Bukit Merah View dibuka semula, dilengkapi kemudahan baru

Pusat Makanan dan Pasar Bukit Merah View dibuka semula selepas kerja ubah elok selama dua bulan.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 30 Dec 2017 07:30PM Dikemas Kini : 30 Dec 2017 09:44PM

SINGAPURA: Pusat Makanan dan Pasar Bukit Merah View dibuka semula selepas kerja ubah elok selama dua bulan.

Pusat penjaja yang menempatkan lebih 150 gerai makanan dan runcit kini dilengkapi dengan kemudahan-kemudahan lebih mesra warga emas.

Wifi percuma juga disediakan selain beberapa peralatan teknologi lainnya bagi menarik lebih ramai pengunjung muda.

Menteri di Pejabat Perdana Menteri Chan Chun Sing, yang juga penasihat akar umbi kawasan tersebut berkata bahawa maklum balas daripada para penduduk diperlukan bagi membangun pusat penjaja yang baik, selamat dan menampung keperluan setiap lapisan masyarakat.

Semangat ini dialu-alukan daripada setiap masyarakat.

Kerja ubah elok tersebut adalah sebahagian daripada program pembaikan dan pembaharuan Majlis Bandaran Tanjong Pagar. 

Sumber : CNA/MM/aq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan