Skip to main content

Singapura

Pusat makanan baharu bagi perkukuh jaminan bekalan makanan SG

Anggaran Waktu Membaca:

Diterbitkan : 27 Oct 2023 09:07PM Dikemas Kini : 28 Oct 2023 07:26AM
SINGAPURA: Singapura mengukuhkan jaminan bekalan makanan, dengan pembukaan sebuah pusat baharu yang dapat pertingkatkan proses menguji bahan makanan dengan lebih berkesan.

Pusat tersebut menempatkan dua makmal di bawah satu bumbung, dan memudahkan lagi para penyelidik untuk bekerjasama.

Menurut Menteri Kemampanan dan Sekitaran Grace Fu, langkah tersebut perlu memandangkan risiko makanan kian berubah-ubah.

Perubahan iklim meningkatkan kemungkinan pembiakan dan penyebaran beberapa patogen dalam makanan.

Misalnya, sekiranya berlaku banjir dahsyat, produk-produk pertanian boleh tercemar akibat pengaliran daripada kemudahan perindustrian atau bangkai haiwan.

Inovasi dalam sains makanan memperkenalkan jenis makanan baharu, sekali gus menawarkan peluang baharu untuk bekalkan makanan kepada dunia.

Memastikan makanan sebegini selamat, penting untuk melindungi kesihatan awam.

Para saintis di Pusat Kebangsaan bagi Sains Makanan (NCFS) memeriksa sampel makanan setiap hari untuk memastikan mereka selamat dimakan.

Mereka juga memeriksa makanan yang dihasilkan menerusi kaedah baharu, seperti daging yang dibiak di makmal.

Cik Fu berkata, Rang Undang-Undang Jaminan dan Keselamatan Makanan akan memberi panduan lebih jelas berkaitan inovasi-inovasi sedemikian
Sumber : CNA/NY/ae
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita