Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Pusat latihan serantau baru ditubuhkan untuk manfaatkan kepakaran perniagaan

Sebuah pusat baru bagi pengilangan maju akan ditubuhkan untuk mengambil dan melatih bakat dalam bidang tersebut. 

Anggaran Waktu Membaca:
Pusat latihan serantau baru ditubuhkan untuk manfaatkan kepakaran perniagaan
Diterbitkan : 24 Jul 2019 07:50PM Dikemas Kini : 24 Jul 2019 07:54PM

SINGAPURA: Sebuah pusat baru bagi pengilangan maju akan ditubuhkan untuk mengambil dan melatih bakat dalam bidang tersebut. Pusat tersebut yang pertama seumpamanya di Asia Tenggara.

Ini diumumkan Menteri Negara Kanan Perdagangan dan Perusahaan Chee Hong Tat di Festival SkillsFuture pada Rabu (24 Jul) untuk mempersiap tenaga kerja bagi Industri 4.0.

Politeknik Singapura, Perbadanan JTC, Dewan Perniagaan dan Perusahaan Singapura-Jerman serta firma kejuruteraan Jerman Bosch Rexroth menandatangani MoU untuk menubuhkan pusat latihan di Daerah Inovasi Jurong yakni kampus pengilangan maju Singapura. Ia termasuk kerjasama dalam projek-projek baru, membangunkan kepakaran serta program latihan selama 10 hari.

Ini akan membantu mempercepat transformasi industri dan meningkatkan keupayaan Industri 4.0 di Singapura serta rantau ini.

Berucap di Festival SkillsFuture, Encik Chee juga menggariskan dua lagi inisiatif.

Universiti Nasional Singapura (NUS) akan memulakan kursus Sarjana Sains dalam Industri 4.0 yang baru bulan depan. Ia akan memberi tumpuan kepada subjek-subjek seperti analisis data dan prasarana digital.

Mulai bulan depan juga, SkillsFuture akan menerbitkan satu siri laporan untuk mendapatkan dan menganalisis data pekerjaan. Ini akan membantu rakyat Singapura membuat pilihan bijak dalam pendidikan, latihan serta kerjaya. 

Sumber : CNA/NF/fz
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan